Friday, November 26, 2010

Kenali Danok, Thailand

Bagi yang biasa berulang alik mana-mana destinasi dari Malaysia ke Danok, Haatyai, Thailand memang mudah untuk menyeberangi ke negara Jiran Thailand khususnya melalui Bukit Kayu Hitam. Sejak adanya lebuhraya ke Bukit Kayu Hitam ianya memberi kemudahan raakyat Malaysia berhijrah ke Thailand.

Pintu masuk keluar sempadan disebelah Thailand

Purata setiap hari disebelah pagi kita dapat menyaksikan lebih kurang 30 buah Bas-Bas Express yang datang dari Singapore, Johor dan kuala Lumpur berbaris untuk meneruskan perjalanan mereka ke Haatyai.

Kenapa tidak ke Danok, sekarang Danok sedang pesat membangun ramai penghibur-penghibur, peniaga-peniaga sudah turun ke Danok. Danok merupakan pintu masuk ke Thailand untuk ke Haatyai ianya makan masa lebih kurang 45 minit dari pintu semapadan.
Pekan Danok sekarang begitu sibuk sama ada siang lebih-lebih disebelah malam, boleh dikatakan Hiburan untuk orang muda semuanya ada diDanok, Penghibur, Penari-penari dari Haatyai setiap petang 2-3 Bas turun ke Danok.

Jalan Utama Pekan Danok

Masjid Danok

Bank CIMB, Thailand
Kemudahan seperti Hotel, Restoran makanan Islam, Bank CIMB, Masjid dan tempat bershoping sudah banyak tambahan pula Pasar Besar Baru dah pun siap, ramailah pelancong kita masuk membeli belah disana. Walau bagaimana pun Syurga membeli belah memang sehingga ini tidak dapat ditandingkan dengan Haatyai.



Tempat Shoping bersebelahan pintu sempadan
Tempat Shoping di Lorong 2

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Malaysia khususnya raakyat Negeri Kedah yang berdekatan dengan sempadan seperti Alor Setar, Jitra, Pokok Sena, Padang Terap dan sebagainya mengunjung Danok setiap malam untuk mencari hiburan disana serta makan tomyam yang sedap, kerana dinegeri Kedah tidak boleh Berdangdut, Berkaraoke amat terhad sekali. Kadang-kadang sedang bernyanyi tiba-tiba kena serbu ini membosankan orang raamai maka untuk mengisi masa lapang untuk meneruskan seni suara dan berexcise maka terbanglah mereka ke Danok, pintu sempadan pula ditutup jam 12.00 malam.

Kak Jah Restoran
Nurlaila Tomyam Seafood
Haji Retoran (Iman Masjid Danok)
Adinan Restoran
Kak Mah Nasi Kandar Pulau Pinang
Bang Mail Restoran
Jika kita tengok setiap malam jam 11.30 keatas kereta, Motor Pejalan kaki berlumba-lumba keluar dari Thailand kembali ke Malaysia. Kata mereka esok jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment