Sunday, December 9, 2012

3 Hari 2 Malam di Kota Bharu

Saya bersama keluarga bertolak dari Alor Setar jam 7.00 pagi pada 7/12/2012 hari Jumaat  dan sampai di Hotel Raudah, Kota Bharu jam 12.50 tengahari diatas urusan Seminar Sehari Zon Timur anjuran JKuasa Pendidikan, Penyelidikan Dan Penerbitan (3P) & Pembangunan Wanita Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang akan diadakan pada 08/12/2102, hari Sabtu bertempat di Dewan Kenanga, Hotel tersebut.

Hotel Raudah

Sebaik sahaja sampai di Hotel Raudah saya terus checkin dan kemudian itu terus ke Masjid Negeri menunaikan farzu Jumaat, sampai disitu imam baru nak mula berkhutubah, alhamdulilah sempat juga buat solat tahyatul masjid, mendengar khutubah dan sembayang Jumaat di Masjid Negeri.

Recieption

Selesai sembahayang balik ke hotel terus tidur kerana keadaan tak sihat deman 3 hari sebelum bertolak ke Kota Bharu dan hari itu merupakan hari ke 3 puasa nazar sepanjang jalan batuk batuk hingga keselurohan badan rasa sakit apabila batuk. Klinik di Kota Bharu semuanya tutup pada hari Jumaat.

Petang jam 6.00 kami keluar dari hotel menuju ke Pasar Siti Khatijah untuk menjamu selera dan berbuka puasa, sampai di sekitar pasar keadaan sudah berubah kerana tapak niaga gerai makan lama telah diruntuh di bina dengan Pasaraya Mall. Bila ditanya peniaga-peniaga yang menjual kain baju mereka kata dihujung jalan dibelakang kedai-kedai deretan tersebut.

Peniaga di Medan selera ditapak baru tidak seramai seperti sebelumnya ditapak lama, namum kita tetap dapat menikmati pelbagai jenis Lauk Pauk, Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Ikan & Daging Bakar, Kueh Mueh serta selera masakan Thailand dan macam-macam lagi.

Sarapan Pagi di Hotel

Hari ke 2 pada 8/12/2012 diadakan disebelah pagi diadakan Seminar dan Majlis Dailog kepada Anggota-anggota Koperasi di Seluroh PBT Kelantan dan Majlis Daerah Besut, Zon Timur, disebelah petang disambungkan pula program Mesyuarat Jk Kecil dan mesyuarat Lembaga Khas.

Seminar/Dailog
Mesyuarat

Disebelah malam semua ALK serta wargakerja hadir ke jamuan makan malam yang disediakan oleh En. Pissal Abu dan Keluarga di Syam Bungaraya Restaurant Sdn Bhd, Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan. Masakan di sini Aduuuuhhhh enak-enak semua citarasanya sebiji masakan seperti Thailand, tak hairanlah kalau dilihat setiap meja sudah ada tempahan.

Bacaan Doa Selamat
Jamuan dimulakan

Selepas makan malam En. Azih Muda, Pengerusi Koperasi merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan juga Timbalan Preside Cuepacs serta sekeluarga terpaksa pulang pada malam tersebut ke Kuala Trengganu kerana pagi esok En. Azih Muda akan bertolak ke Kuala Lumpur dan terus ke Kucing, Serawak, begitu juga dengan En. Adnan Mat Lembaga Koperasi, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan juga Penolong Setiausaha 1 Cuepacs pulang awal ke Sungai Petani kerana ada urusan di Pejabat SUK Kedah.

Jamuan Keshukuran

Hari ke 3 9/12/2012 selepas makan pagi jam 9.00 saya serta kawan-kawan yang lain terus checkout dan kami pulang ke destinasi masing-masing, perjalanan pulang kereta tidak banyak jadi membuat perjalanan kami mudah dan sampai di Alor Setar jam 3.10 petang.

No comments:

Post a Comment