Sunday, July 28, 2013

Pembayaran Diveden 2012

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 28/07/2013 telah mula membayar Diveden bagi tahun 2012 kepada  anggota-anggotanya seramai 10.084 orang dikesemua  Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia.

En Pissal Abu sedang menyerah Cek Diveden MBAS
Sebahagian Anggota di MBAS menerima Diveden

Tahun ini merupakan kali pertama 2 jenis diveden iaitu Syer dan Yuran dibayar serentak kepada anggota-anggota dengan kadar 15.02 peratus, Bagi Diveden Syer 10% keatas simpanan berbentuk sijil sebanyak RM 519.300.00 manakala Diveden Yuran 5.02 % sebanyak RM 3,099.864.00.

Penyerahan Cek Diveden M.D. Pendang
Sebahagian Anggota M.D. Pendang menerima Cek

Kesemua Ahli Lembaga diberi tangungjawab mengedarkan diveden-diveden mengikut kawasan masing-masing. Saya telah dipertangung jawabkan kepada 7 kawasan terdiri 1 Majlis Bandaraya, 1 Majlis Perbandaran, 3 Majlis Daerah dan 2 Syarikat.

Penyerahan Diveden M.D. Kubang Pasu
Sebahagian Anggota M.D. Kubang Pasu

Hari ini saya telah selesaikan sebanyak 5 kawasan terdiri daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Daerah Pendang, environment Idaman Pendang, Majlis Daerah Kubang Pasu dan environment Idaman Kubang Pasu.

Penyerahan Cek environment Idaman Kbg. Pasu
Sebahagian Anggota environment Idaman Kbg.Pasu
Wakil environment Idaman Pendang

No comments:

Post a Comment