Sunday, July 7, 2013

Lawatan Ke Medan

Sebaik sahaja selesai diadakan Mesyuarat Perwakilan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 31 di Muar, Johor baru-baru ini, kesemua Lembaga Koperasi kecuali 2 orang tidak hadir kerana urusan pejabat termasuk 5 Pegawai kanan Koperasi turut menyertai program Lawatan ke Medan selama 3 hari 2 malam mulai 5-7/-7/2013.

Menaiki Pesawat AirAsia
Didalam Pesawat
Sebahagian dari Peserta

Turut sama menyertai Lawatan ini dari Syarikat KVK yang di ketuai oleh En. Kalai Celvam bersama anak-anak buahnya seramai 8 orang, kesemua mereka ditempatkan di Danau Toba International Hotel bersama dengan beberapa orang Ahli Lembaga.

Danau Toba International Hotel
Bilik Hotel

Sebahagian Lembaga dan Pegawai Kanan Koperasi ditempatkan di Ibunda Hotel, Jalan S.M Raja, Medan kerana tiada cukup bilik di Danau Toba International Hotel ini kerana semasa tempahan dibuat hanya 12 bilik sedangkan bilik yang diperlukan  sebanyak 24 bilik.

Ibunda Hotel
Bilik Hotel

Sebelum itu ketibaan para pelancong khususnya pesawat kami dari Kuala Lumpur disambut di hadapan pintu keluar dan sedia menanti kumpulan muzik asli bersama-sama penari kebudayaan mendengdangkan lagu traditional untuk Pelancong-pelancong yang tiba pada pagi hari tersebut.

Penari Kebudayaan Medan

Selepas itu seperti biasa sebaik sahaja kami melihat persembahan kebudayaan, saya menuju ke kaunter tiket teksi untuk menempah sebanyak 6  buah teksi untuk ke Hotel Danau Toba International dan Ibunda Hotel. Kadar tambang teksi kali ini dinaikan dari Rp 50.000 kepada Rp 60.00 (RM 18.00) sebuah.

Makan Tengahari
Makan Tengahari Rumah Makan Famili
Makan Malam
Menaiki Kereta Sewa ke Brastagi
Kereta Sewa

Selama 3 hari 2 malam di Medan acaranya bebas dan sebahagian dari Lembaga bersama Pegawai Kanan Koperasi mengambil kesempatan mengadakan Lawatan ke Brastagi, seramai 15 orang menyertai lawatan ini, Perjalanan dari Medan ke Brastagi memakan masa lebih kurang 2 jam jika jalan tak sibuk. Sebanyak 2 buah kereta telah disewakan selama 1 hari termasuk pemandunya dengan kadar harga Rp 1.600.000 (RM 550.00).

Bandar Brastagi
Kereta Kuda
Pasar Buah
Kedai Pakaian

Sebahagian Ahli Lembaga yang lain tidak mengikuti program tersebut mereka mengambil kesempatan keluar membeli belah di Pasar Ikan yang terkenal di Bandar Medan sebagai pusat membeli belah dengan kadar harga yang murah.

Pasar Ikan
Kedai Pakaian
Dalam Kedai Pakaian
Dalam Kedai Pakaian

Pada 7/7/2013 hari terakhir pulang ke Kuala Lumpur dalam 2 kumpulan menaiki pesawat Airasia jam 7.00 pagi (WI) 8.00 pagi (WM) kumpulan pertama seramai 8 orang manakala kumpulan ke 2 jam 11.30 pagi (WI) 12.30 tengahari (WM) seramai 22 orang.

Kembali ke Kuala Lumpur
Bye Bye Medan
Didalam Pesawat

No comments:

Post a Comment