Tuesday, July 16, 2013

Bonus Kakitangan

Mesyuarat Lembaga Khas diadakan bagi membincang mengenai Pemberian Bonus untuk kakitangan bagi tahun 2013 dan Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 15/07/2013 jam 5.00 petang di tingkat 2 Function Room, Hotel Kuala Lumpur International.

Hotel Kuala Lumpur International
Majlis Penyampaian Cek

Sebelum itu diadakan Mesyuarat Jk Perniagaan, Pelaburan, Pelancongan & Tugas-Tugas Khas ditempat yang sama, Mesyuarat telah memutuskan pemberian bonus 1 bulan gaji kepada semua kakitangan.

Mesyuarat ALK Khas
Ucapan Pengerusi Koperasi KOSPETA
Kakitangan yang hadir

Diatas kerja kuat oleh semua kakitangan selama 30 tahun tertubuhnya Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada tahun inilah keuntungan yang banyak dapat dicapai, maka mesyuarat memutuskan memberi elaun khas merupakan duit raya kepada semua kakitangan dengan nilai RM 200 hingga ke RM 300 setiap kakitangan termasok pengurus.

En. Khairul Abdulah Pengurus Koperasi
Pn. Fahizah Yakof Penolong Pengurus
Pn. Norpipah Mohamed Pegawai Kerja Akaun
En. Wan Mustaffa Kakitangan
Kakitangan bersama Ahli Lembaga Koperasi

Selesai majlis penyampaian cek bonus semua kakitangan diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan Ahli Lembaga Koperasi (ALK). ditingkat 4 Hotel tersebut.

Kakitangan
Kakitangan
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

No comments:

Post a Comment