Sunday, September 1, 2013

Pertandingan Karaoke Lagu Raya

APK Hijrah Enterprise bersama D Huma Cafe telah berjaya mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan pada 31/08/2013 hari Sabtu jam 9.00 malam bertempat di D Huma Cafe, Kota Marina, Kuala Kedah, Alor Setar Kedah.

Pentas D Huma Cafe
Hadiah-hadiah Barangan Electrik

Program pada malam itu disambut dengan meriah diperingkat awal selepas itu hujan turun menyebabkan orang ramai beransur-ansur pulang, namum begitu walau pun hujan tidak selebat mana pertandingan diteruskan juga, seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian.

En. Pissal Abu sedang memberi ucapan
Anak-Anak Yatim
 
En. Pissal Abu bersama Anak-Anak Yatim

Program dimulakan dengan Penyampaian Bantuan untuk Anak-anak Yatim berbentuk wang tunai dan hamper setiap seorang di sekitar kawasan Kuala Kedah dan hadiah Perkahwinan, Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu, Pengarah APK Hijrah Enterprise.

Hadiah Perkahwinan
Hadiah Perkahwinan
Hadiah Tiket Penerbangan ke Medan

Pertandingan diadakan sebahagian daripada aktiviti Syarikat serta memenuhi program pengisian Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan untuk Rakyat Negeri Kedah khususnya Penduduk di Kuala Kedah. Hadiah-hadiah yang disediakan dari tempat pertama hingga ke sepuloh merupakan barangan electrik termasok 2 hadiah pakaian terbaik lelaki dan perempuan, persembahan terbaik lelaki dan perempuan terbuka.

Sebahagian Peserta Lelaki
Sebahagian Peserta Perempuan

Hadiah sampingan yang paling menarik disediakan kepada peserta Pertama hingga ke Lima berbentuk 2 orang 3 hari 2 malam penginapan serta makan malam di Hatyai dan Danok, Thailand. Setiap peserta boleh membawa pasangan masing-masing tarikhnya dijangka pada 19-21/09/2013. Semua peserta seramai 40 orang yang menyertai pertandingan mendapat hadiah penyertaan.

Pn. NorAzian Tempat Pertama
Ibu En. Md. Azidi tempat Ke Dua
Cik Hawa tempat Ke Tiga
Peserta Pertama hingga Ke Lima
Peserta ke Enam hingga ke Sepuloh

Pengadil seramai 3 orang telah membuat keputusan sebulat suara dan muktamad yang mana tempat pertama di menangi oleh Pn Norazian bte Hamid mendapat Oven Besar, Ke Dua En. Md. Azizi bin Halim juga Oven Besar, Ketiga Cik Hawa bte Ali mendapat Periok Nasi Besar, ke Empat En. Md. Shah bin Solihin mendapat Oven Kecil dan ke Lima Pn. Fadzilah bte Yob mendapat Pelas Air Elecrik 3 dalam 1, manakala peserta ke enam hingga kesepuloh mendapat Blender, Dapor Gas dan Serika.

Segahagian dari Peserta
Sebahagian dari orang ramai
Barisan Pengadil

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pissal bin Abu Pengarah APK Hijrah Enterprise. Pendapatan wang penyertaan RM 10.00 setiap seorang sebanyak RM 400.00 disumbangkan kembali kepada En. Nasir tuan punya D Huma Cafe.

Sumbangan kepada D Huma Cafe
Pengadil Pakaian dan Persembahan
Pengadil Pertandingan
Pengadil Pertandingan

Pertandingan malam itu walau pun hujan turun ianya cukup meriah ramai yang hadir tidak bergerak dari tempat pertandingan untuk melihat peserta-peserta membuat persembahan hingga ke akhir pertandingan, pertandingan berakhir jam 12.30 malam.

Gambar Penyampaian Hadiah
Gambar Peserta Pertandingan

No comments:

Post a Comment