Thursday, September 19, 2013

Seminar Kepimpinan Muda

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE Semenanjung Malaysia) telah berjaya mengadakan Seminar Kepimpinan Muda selama 3 hari 2 malam pada 17-19/09/2013 bertempat di Hotel Grand Crystal, Jalan Kampong Baru, Alor Setar, Kedah.


Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa 3P ANULAE Semenanjung Malaysia yang dihadiri oleh seramai 100 orang peserta diseluroh PBT Semenanjung Malaysia bertujuan mengcukil bakat-bakat baru dikalangan orang-orang muda untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan. Sebanyak 5 kertas kerja disediakan untuk seminar yang berjalan selama 3 hari 2 malam.

Pendaftaran Peserta

Dihari pertama pada 17/09/2013 disebelah malam selepas makan malam diadakan sessi suai kenal dan majlis perasmian. En. Adnan bin Mat Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Pengerusi MBK Sain dan Teknologi dan Penolong Satiausaha 1 Cuepacs telah merasmikanya.

En. Ramli Kalil Pengerusi Majlis
Majlis Perasmian

Tajuk 1 Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) oleh En. Adnan Bin Mat, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

En. Pissal Abu Sedang Menyampaikan Ceramah

Tajuk 2 Kepentingan Koperasi Kepada Penjawat Awam oleh En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Pemenang Kuiz
Penyampaian Cederamata

Tajuk 3 Pemimpin Generasi Muda Dalam Kesatuan oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia,

En. Azih Muda Menyampaikan Ceramah
Sebahagian Dari Peserta
Penyampaiaan Cederamata

Tajuk 4 Motivasi & Produktiviti - Kerja Sebagai Ibadah oleh Tuan Syeikh Yusoff bin Haji Ahmad, Penolong Pengarah Dakwah & Tarbiah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan

Peserta Seminar

Tajuk 5 Isu Dan Cabaran Anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia oleh Dr. Kuppusamy a/l Singaravello dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dr. Kuppusamy a/l Singarevello
Sebahagian Dari Peserta

Majlis penutupan serta penyampaian sijil kepada setiap peserta dihari ke 3 hari terakhir pada 19/09/2013 oleh En. Azih bin Muda, Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuepacs.

En. Azih Muda Presiden ANULAE
Majlis Perasmian Penutup
Peserta Seminar
Peserta Lelaki
Peserta Perempuan
Video Penyampaian Sijil

Selesai majlis perasmian peserta di sediakan jamuan makan tengahari sebelum mereka semua berangkat pulang ke distinasi masing-masing.

Video Penyerahan Beg Kueh
Penyampaian Kueh Oleh Kedah Utara
Sebahagian Dari Peserta

Sebelum itu dihari pertama pada 17/09/2013 jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa 3P ANULAE Semenanjung Malaysia dibilik Kenanga, Hotel Grand Crystel dan jam 5.00 petang diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di bilik yang sama.

Mesyuarat 3P

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga mengambil kesempatan mengadakan kaunter terbuka bagi Program Kempen Keanggotaan selama 3 hari 2 malam di Lobby Hotel tersebut.

Kaunter Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Hari Pertama Kaunter Koperasi KOSPETA

No comments:

Post a Comment