Saturday, May 14, 2011

Program Bersama Pemimpin Masyarakat

Pusat Khidmat Dun Jitra telah mengadakan dengan jayanya satu Majlis Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin dalam Dun Jitra bersama E-Idaman Dan Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Kedah pada 12 Mei 2011 Hari Khamis jam 3.30 petang, bertempat di Dewan Hotel Darulaman Suites, Bandar Darul Aman, Jitra.


YB. Dato' Hj Saad bin Man

Program hari ini bermula dengan ucapan YB. Haji Saad bin Haji Man, Adun Jitra dan di ikuti Ceramah Kitar Semula oleh En. Pissal bin Abu mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd.

YB. Dato' Hj. Saad bin Man sedang berucap

En. Pissal Abu sedang menyampaikan ceramah
Sebahagian yang hadir

Sebaik sahaja selesai diadakan ceramah majlis diteruskan dengan soal jawab. Pemimpin terdiri daripada Pengerusi JKKKP dan Pengerusi-Pengerusi Taman seramai 70 orang telah membangkitkan mengenai kelewatan mengutip sampah, Longkang yang tidak dibersih dan Pemotongan Rumput.

Salah seorang pemimpin bertanya soalan

Semua soalan telah dapat dijawab oleh 2 orang Pegawai iaitu YM Tunku Abaidah bin Tunku Yussof dan En. Bunyin. Jawapan-jawapan yang diberikan dapat diterima oleh semua pemimpin yang hadir.

En. Bunyin sedang menjawab soalan

Majlis berakhir dengan jamuan makan petang didalam dewan tersebut. 

En. Pissal bersama En. Mohd. Pais sedang menjamu selera
YB. Dato' Saad bersama dengan Pegawai envi-Idaman

Bersambung lagi.....

Tuesday, May 10, 2011

Program Rakan Alam Sekitar

Mesyuarat Sempena Program Kempen Alam Sekitar dan Gotong Royong Peringkat Parlimen Kubang Pasu telah diadakan pada 10-05-2011 hari Selasa jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Perhubungan UMNO Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat kali ke 2 hari ini dipengerusikan oleh Tuan Hj. Shuib bin Hj. Din, Mesyuarat bersetuju diadakan majlis tersebut pada 21 Mei 2011 di Padang Perumahan Awam, Tanah Merah, Jitra yang akan dirasmikan oleh YB. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Malaysia.

En. Pissal dengan En. Mohd Pais 
wakil environment IDAMAN Sdn Bhd

Dihari yang sama 4 buah sekolah dalam Parlimen Kubang Pasu dipilih menerima Cek Sumbangan bagi Perlaksanaan program Sekolah Lestari Rakan Alam Sekitar.

Cik Ida Wakil Adun Jitra
En. Jasni  dan Wakil PPSPPA Kubang Pasu
Wakil-wakil Jabatan yang hadir

environment IDAMAN Sdn Bhd mengambil bahagian dengan menghantar peralatan gotong royong serta membuka kaunter aduan dan kaunter kitar semula bersama-sama dengan Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain termasok PPSPPA Kawasan Kubang Pasu.

Monday, May 9, 2011

Mesyuarat Postmortem Karnival Bola

Mesyuarat Postmortem Pertandingan Bolasepak yang diadakan baru-baru ini pada 6 Mei 2011diadakan pada 9 Mei 2011 di Restoran Pantai Murni, Yan, Kedah.

En. Afzainizam sedang menpengerusi mesyuarat

En. Afzainizam Abd. Rahim Ketua Jabatan Komunikasi Koporat mempengerusikan mesyuarat dengan dihadiri oleh En. Zainal bin Ibrahim Service Unit Manager (SAM) serta Jawatankuasanya manakala En. Pissal Abu bersama Cik Azlinda Ariffin mewakili HQ manakala En. Saufi dari CCD SPSU.

Sebahagian dari Jawatankuasa

Mesyuarat dijalankan dalam suasana mesra membincang segala masaalah dan kepincangan didalam pertandingan baru-baru ini termasok komen-komen dari beberapa SAM serta Ketua Pegawai Eksekutif.

Keselurohan Jawatankuasa

Sebaik sahaja selesai kami semua dibawa ke Restoran Naim Ikan Sembilang yang terletak di Tanjung Dawai, Yan, Kedah untuk makan tengahari.

Restoran
Gulai Buyong
Nah Ambil Sedap Tau...
Video Makan Tengahari

Mesyuarat Kempen Hidup Sihat

Environment IDAMAN Sdn Bhd dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan pada 8 Mei 2011 hari Ahad bertempat diSekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ismail bin Zakarian Penyelia Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Program KEMPEN HIDUP SIHAT dianjurkan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bersama dengan KRT Taman Rasa Sayang (RSA) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

En. Ismail Zakaria sedang mempengerusikan mesyuarat

Program ini akan diadakan pada 25 Jun 2011 hari Sabtu dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Taman Rasa Sayang, Jitra.  Sebanyak 11 Jabatan Kerajaan dan Swasta akan menyertai Pameran termasok environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal bersama En. Jasni

Environment IDAMAN Sdn Bhd akan membuka kaunter aduan dan kaunter kitar semula pada hari tersebut sebagai memberi kemudahan kepada penduduk disitu.  PPSPPA juga akan bersama turut menyertai pameran pada hari tersebut.

Menikmati Jamuan Petang

Saturday, May 7, 2011

Lelongan Amal

Tepat jam 12.00 tengahari pihak urusetia memulakan lelong amal, barang-barang yang dilelong potret Tuanku Sultan dan Sultanah, Lain-lain Potret serta Lukisan-lukisan yang dilukis oleh Kanak-kanak Tadika pada hari pertama 6 Mei 2011.

Sebahagian gambar-gambar yang dilelong

En. Azminuddin Haq Ahmad bersama En. Mhd Saiful Anuar Zainal turut hadir didalam majlis lelongan amal serta  turut bersama mengambil bahagian dengan meletak harga setiap barang yang dilelongkan, cuma yang berjaya iaitu Lukisan Kanak-kanak Cacat, Pingan dan 3 set lukisan. 

En Aminuddin Haq Ahmad sedang melihat gambar lukisan 
dengan harga permulaan RM 10,000
Sedang berbincang mengenai barang lelongan

Setiap pemenang didalam tawaran, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berkenan menurunkan tandatangan disetiap potret serta menyampaikan kepada pembeli didalam lelongan amal. 

Lukisan Anak OKU RM 10,000.00
Pinggan RM 15,000.00
3 set lukisan RM 10,000.00
Video Lelong Amal

Karnival Amal Hari Penyayang 2011 Hari Ke 2

Hari kedua Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah sampai tapak Karnival pada jam 7.00 pagi bagi menyertai Senamrobik,

Garisan Permulaan dan Penamat
Peserta Sampai ke Garisan Penamat

Sebaik sahaja selesai acara senamrobik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah membuat Perlepasan Larian Bendang kepada peserta-peserta Vip Senior, Vip Junior, Penuntut Sekolah Menengah dan Rendah serta peserta-peserta persaorangan.

Melawat Gerai Makanan
Tuanku Sedang Beserapan Pagi

Selepas santapan pagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah didalam lawatan ke Gerai-geerai makan Tuanku Sultan Kedah singgah Gerai anakdanya Dato' Seri Tunku  Puteri Intas Syafinas, Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah untuk merasai kenikmatan Ais Kacang.

Tuanku sedang Menikmati Ais Kacang
Tuanku singgah Gerai Upin & Ipin

Dalam lawatan ke Gerai Fama Tuanku Sultan diiberi taklimat mengenai Madu Lebah dan Buah-buahan tempatan serta cara-cara proses mengupas buah nanas mengunakan misin sehingga Tuanku Sultan sendiri minat mencubanya.

Gerai Fama
Alat Mengupas Nanas
Video Tuanku Sultan Melawat Gerai

Selepas itu Tuanku Sultan dibawa ke Gelangang Motorsport menyaksikan pertunjukan Drift Kereta, Go-kart dan Motor Cross.



Pertunjukan Kereta Mewah
Pertunjuk Go-Kart
Pertunjukan Kereta
Pertunjuk Motor

Tuanku Sultan sedang menguji
Tuanku Sultanah Kedah sedang mencuba

Tepat jam 12.00 tengahari Tuanku Sultan Kedah dibawa balik ke Pentas untuk acara Persembahan Pentas, Lelongan Amal, Panyampaian Hadiah kepada Pemenang Acara Larian Bendang dan Walkathon serta Penyampaian Raplika Cek Sumbangan Hari Penyayang.

Tuanku Sultan dan Sultanah diatas pentas
Ceo bersama Dato' Ahmad Bashah Hanifah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'Azam Shah Ibni Alamarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Sultanah Kedah berangkat pulang pada jam 1.00 tengahari.