Saturday, May 14, 2011

Program Bersama Pemimpin Masyarakat

Pusat Khidmat Dun Jitra telah mengadakan dengan jayanya satu Majlis Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin dalam Dun Jitra bersama E-Idaman Dan Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Kedah pada 12 Mei 2011 Hari Khamis jam 3.30 petang, bertempat di Dewan Hotel Darulaman Suites, Bandar Darul Aman, Jitra.


YB. Dato' Hj Saad bin Man

Program hari ini bermula dengan ucapan YB. Haji Saad bin Haji Man, Adun Jitra dan di ikuti Ceramah Kitar Semula oleh En. Pissal bin Abu mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd.

YB. Dato' Hj. Saad bin Man sedang berucap

En. Pissal Abu sedang menyampaikan ceramah
Sebahagian yang hadir

Sebaik sahaja selesai diadakan ceramah majlis diteruskan dengan soal jawab. Pemimpin terdiri daripada Pengerusi JKKKP dan Pengerusi-Pengerusi Taman seramai 70 orang telah membangkitkan mengenai kelewatan mengutip sampah, Longkang yang tidak dibersih dan Pemotongan Rumput.

Salah seorang pemimpin bertanya soalan

Semua soalan telah dapat dijawab oleh 2 orang Pegawai iaitu YM Tunku Abaidah bin Tunku Yussof dan En. Bunyin. Jawapan-jawapan yang diberikan dapat diterima oleh semua pemimpin yang hadir.

En. Bunyin sedang menjawab soalan

Majlis berakhir dengan jamuan makan petang didalam dewan tersebut. 

En. Pissal bersama En. Mohd. Pais sedang menjamu selera
YB. Dato' Saad bersama dengan Pegawai envi-Idaman

Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment