Monday, May 9, 2011

Mesyuarat Kempen Hidup Sihat

Environment IDAMAN Sdn Bhd dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan pada 8 Mei 2011 hari Ahad bertempat diSekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Ismail bin Zakarian Penyelia Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Program KEMPEN HIDUP SIHAT dianjurkan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bersama dengan KRT Taman Rasa Sayang (RSA) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kubang Pasu.

En. Ismail Zakaria sedang mempengerusikan mesyuarat

Program ini akan diadakan pada 25 Jun 2011 hari Sabtu dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Taman Rasa Sayang, Jitra.  Sebanyak 11 Jabatan Kerajaan dan Swasta akan menyertai Pameran termasok environment IDAMAN Sdn Bhd.

En. Pissal bersama En. Jasni

Environment IDAMAN Sdn Bhd akan membuka kaunter aduan dan kaunter kitar semula pada hari tersebut sebagai memberi kemudahan kepada penduduk disitu.  PPSPPA juga akan bersama turut menyertai pameran pada hari tersebut.

Menikmati Jamuan Petang

No comments:

Post a Comment