Tuesday, May 10, 2011

Program Rakan Alam Sekitar

Mesyuarat Sempena Program Kempen Alam Sekitar dan Gotong Royong Peringkat Parlimen Kubang Pasu telah diadakan pada 10-05-2011 hari Selasa jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Perhubungan UMNO Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

Pengerusi Mesyuarat

Mesyuarat kali ke 2 hari ini dipengerusikan oleh Tuan Hj. Shuib bin Hj. Din, Mesyuarat bersetuju diadakan majlis tersebut pada 21 Mei 2011 di Padang Perumahan Awam, Tanah Merah, Jitra yang akan dirasmikan oleh YB. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Malaysia.

En. Pissal dengan En. Mohd Pais 
wakil environment IDAMAN Sdn Bhd

Dihari yang sama 4 buah sekolah dalam Parlimen Kubang Pasu dipilih menerima Cek Sumbangan bagi Perlaksanaan program Sekolah Lestari Rakan Alam Sekitar.

Cik Ida Wakil Adun Jitra
En. Jasni  dan Wakil PPSPPA Kubang Pasu
Wakil-wakil Jabatan yang hadir

environment IDAMAN Sdn Bhd mengambil bahagian dengan menghantar peralatan gotong royong serta membuka kaunter aduan dan kaunter kitar semula bersama-sama dengan Jabatan-jabatan Kerajaan yang lain termasok PPSPPA Kawasan Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment