Tuesday, May 15, 2012

Taklimat Isu Semasa

Majlis Perbandaran Taiping bersama Anulae Cawangan Perak Tengah telah mengadakan Taklimat Isu Semasa kepada Kakitangan dan Pekerjanya Sempena Hari Pekerja pada 16 Mei 2012 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Besar, Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

Lagu Negara Ku
Bacaan Ikrar

En. Azih bin Muda Timbalan Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semenanjumg Malaysia telah dijemput memberi Taklimat tersebut, hadir sama Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Taiping, Ketua-ketua Jabatan, En. Ramli Kalil Setiausaha Agung ANULAE, En. Baharom Pengerusi ANULAE Cawangan, Polis, Tentera dan Kakitangan PBT Perak.

Ucapan Tuan Setiausaha Majlis
En. Azih bin Muda

Sebelum ucapan Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Taiping dimulakan majlis dimulakan dengan Lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh semua yang hadir. 

Penyampaian Cederahati
Peserta yang hadir

Sempena dengan program tersebut diadakan juga kempen menjadi ahli Kesatuan dan Koperasi KOSPETA, Kempen ini dijalankan serentak bagi tujuan menambah keahlian ke dua-dua organasasi. ANULAE dan KOSPETA masing-masing membuka kaunter di program tersebut.

Kaunter 
Jamuan Makan 

Lwt. Ke Tapak Ikan

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Azih bin Muda bersama Tn Hj Mohd Faizi Aznam Setiausaha dan En.Pissal Abu ALK serta turut bersama En. Khairul Pengurus Koperasi serta 2 orang staff dalam program Lawatan ke Tapak Ikan dalam Sangkar pada 15/05/2012 di Tebing Kota Klasik, Kuala Kangsar, Perak.

Van Koperasi

En. Azih Muda Pengerusi Koperasi
Sarapan Pagi

Pembekal Ikan, Jaring serta makanan ikan En. Azmi dari Kedah turut hadir bersama berjumpa dengan pengerusi bagi membincang mengenai pesanan-pesanan yang telah dipesan. 

Anak Ikan Talapia

Sebelum ketibaan pengerusi seperti biasa di sebelah pagi En. Raja bersama keluarganya yang telah diamanahkan menjaga kolam tersebut membersih serta memberi makanan ikan, turut membersihkan kolam Setiausaha serta ALK.

Check Jaring
Ikan Talapia

Setelah 2 jam lamanya pengerusi berada di tapak sangkar beliau juga turut memberi makanan ikan serta menimbang berat ikan yang telah di gredkan mengikut size. Selepas itu kami dijemput oleh Tuan Hj. Mohd. Faizi Aznam Setiausaha Koperasi kerumahnya untuk makan tengahari.

Sedang menyemak buku catitan
Pengurus Koperasi
Ikan Makan

Thursday, May 10, 2012

Hatyai Kehilangan Pelancong

Kesan daripada berlakunya letupan BOM Kereta di Lee Garden Plaza Hotel ditengah tengah Bandar Hatyai mengakibatkan sehingga kini kekurangan Pelancong amat mendadak terutama pelancong Melayu, cuma yang ada pun dalam 2 atau 3 bas persiaran sahaja itu pun pelancong Cina Malaysia yang baru pulang dari Phuket singgah disitu.

Lee Garden  Plaza Hotel (Bom)

Jalan Utama ke Lee Garden Plaza Hotel

Saya menginap selama 3 hari pada 8-10/05/2012 di Presiden Hotel dengan harga 1 malam RM 70.00 (Baht 700) terletak juga dalam Bandar bersebelahan dengan Pasar Hatyai tempat pelancong membeli belah, ianya tidak jauh dengan Lee Garden Plaza Hotel dan juga banyak kedai makan Islam disebelah hotel disepanjang jalan hotel tersebut.

Presiden Hotel
Ruang menunggu dan Lobby

Tukaran RM 100 dapat 1,000 Baht di pintu masuk Danok, jika tukar di Pekan Hatyai RM 100 dapat 980 Baht sahaja. di Pekan Hatyai banyak kedai tidak terima RM kecuali kedai shoping baju di pasar besar hatyai sahaja.

Mee Kerabu di sebelah hotel kaki lima
Udang Goreng

Pekan Hatyai padat dengan penduduknya aktiviti disana berjalan lancar seperti tiada apa yang berlaku kereta bergerak perlahan setiap sudut jalan kerana terlalu banyak kereta, yang seronoknya kereta plat malaysia tak ada banyak seperti sebelum ini ada pun jarang jarang sekali , kawalan polis nampaknya semakin bertambah disetiap penjuru jalan ada saja kawalan polis.


Pasar Hatyai
Bandar Hatyai

Berkunjung ke Pasar Hatyai kita menjadi rebutan peniaga boleh dikatakan semua peniaga ramah ramah sahaja sanggup ikut kita minta membeli baju di kedainya begitu juga kedai makan islam di tingkat 3 boleh dikatakan masing masing kedai meletak seorang penyambut tetamu jemput kita masuk makan di kedai mereka. ( Berebut ) itulah keadaanya di Hatyai selepas peristiwa Letupan Bom.

Pasar Hatyai
Hatyai, Thailand

Thursday, May 3, 2012

Hari Pertama Bersara

Hari ini 3/5/2012 hari lahir ku dan juga hari pertama persaraan wajib, sempena masa yang ada saya ke Kuala Kangsar memantau projek ikan dalam sangkar yang terletak ditebing kota klasik, Kuala Kangsar, Perak.

Sangkar Ikan
Ikan dalam sangkar

Kebetulan hari ini pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad akan menjual ikan secara pukal kepada peraih ikan di Pasar Borong Selayang, Selangor, usia ikan ini sudah menjengkau 2-3 bulan purata berat seekor lebih kurang 0.3.5 kg. (3 ekor 1 kg dan ada 2 ekor 1 kg).


Sauk Ikan
Ikan yang diangkat dari sangkar

Sebelum penjualan berlaku En. Kalai Chelvam Pengarah Projek Ikan dalam Sangkar telah mengarah En. Raja penjaga sangkar ikan yang sering dibantu oleh isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu mengasingkan anak-anak ikan mengikut gred dan size ikan. 


Pengasingan Ikan

Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Aznam selaku Setiausaha Koperasi KOSPETA bersama saya turun kepadang bagi melihat proses penjualan ikan.  Jam 10.00 pagi kami semua sudah bersedia diatas sangkar hanya menunggu ketibaan Lori Ikan.

Disebelah Petang
Bagi Ikan Makan
Makanan Ikan

Wednesday, May 2, 2012

Genap 58 Tahun

Hari terakhir bagi saya menjalankan tugas di environment IDAMAN Sdn Bhd pada 2 Mei 2012 dengan acara yang padat, disebelah pagi diadakan program kutipan barang-barang kitar semula di tiga tempat SMK Agama Kedah, Taman Utama dan Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Pejabat environment IDAMAN Sdn Bhd
Disebelah petang saya ditugaskan menyampaikan ceramah bertajuk Faedah Kitar Semula kepada seramai 300 pelajar-pelajar Sekolah Menegah Agama Kedah dan Sekolah Menengah Mergong bersama-sama dengan Jabatan Pengaliran Air dan Jabatan Alam Sekitar.

Hari terakhir menjalankan tugas
Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan tugas di environment IDAMAN Sdn Bhd setelah kami semuanya daripada PBT (MBAS) diserap masuk ke Syarikat ini dalam program penswataan sisi pepajal oleh Kementeria Perumahan Kerajaan Tempatan maka genaplah sudah usia saya 58 tahun.

Barang -barang hadiah

Sekembali saya dipejabat selepas daripada program 3R saya amat terkejut melihat hadiah-hadiah yang diletak diatas meja saya yang diberikan oleh rakan-rakan sekerja sayangnya saya tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana masing-masing dah balik, namum begitu saya hantar email dengan mengucapkan terima kasih

Punchcard terakhir
Tepat jam 7.05 malam petang saya mengambil  card dan punchcard buat kali terakhir dengan disaksikan oleh En. Afzainizam serta kawan-kawan yang lain yang masih belum pulang dengan ini selesailah sudah saya berkhidmat selama 49 tahun.

SMK Agama Kedah

Program Kitar Semula berteraskan Alam Sekitar telah diadakan pada pagi ini 02 Mei 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 5,30 petang bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Agama Kedah, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.


Pintu masuk sekolah
Peserta Kitar Semula

Program yang dianjurkan olej Pihak JPS Negeri bersama-sama Komuniti dan Jabatan Alam Sekitar mendapat penyertaan daripada Pelajar SMK Agama Kedah dan SMK Mergong seramai 300 pelajar yang mengikut program ini.


Barang-barang sedang ditimbang
Penyerahan wang kitar semula

Disebelah pagi diadakan program 3R oleh Syarikat Environment IDAMAN Sdn Bhd dengan dipantau oleh Pegawai-pegawai PPSPPA yang diketuai oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi beersama dengan Guru-guru Sekolah.


Dewan Tertutup
Peserta

Disebelah petang disambung program ini dengan ceramah kepada pelajar, sebanyak 3 ceramah telah disampaikan oleh JPS, Jabatan Alam Sekitar dan environment IDAMAN Sdn Bhd. En. Pissal bin Abu mewakili Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd telah menyampaikan ceramahnya bertajuk Faedah Kitar Semula.

Pegawai JPS memberi ceramah
En. Pissal Abu sedang memberi ceramah
Pelajar yang berjaya menjawab soalan

Ceramah yang disampaikan oleh penceramah telah diterima dengan baik oleh Pelajar-pelajar yang hadir setelah menyoal soalan-soalan kepada pelajar semunya dapat dijawab dengan pantas dan butul. Pihak Syarikat environment telah menyediakan sebanyak 30 unit tong sampah jenis 120 liter bersaiz kecil untuk peserta-peserta yang berjaya menjawab soalan.

En. Afzainizam Envi menyampaikan hadiah pada Guru
En. Mohd. Asrul Azmi PPSPPA menyampaikan hadiah

Bersambung lagi.....

Tuesday, May 1, 2012

Danok Kembali Ramai

Sempena cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei 2012 setiap tahun kini Danok kembali ramai dengan dibanjiri oleh Raakyat Malaysia boleh dikatakan hotel-hotel penuh sesak dengan kenderaan dari Malaysia.



Pekan Danok

Peristiwa bom meletup di Pekan Haatyai sudah tidak dirasai atau pun menghantui mereka sana sini mereka berjalan bebas didalam Pekan Danok itu pun tidak mengambil kira pengunjung-pengunjung yang datang menaiki bas dari Kuala Lumpur terus ke Pekan Haatyai, Setiap pagi berpuloh-puloh buah bas masuk ke Haatyai melalui Pekan Danok.


Banyak Kereta Malaysia


Pekan Danok berjalan seperti biasa terutama peniaga-peniaga Melayu Thani Thai menjalankan urusniaga dengan menjual ayam goreng seperti biasa dengan tidak merasa sebarang cemas, dimalam hari seperti biasa tempat-tempat hiburan sama ada Karaoke, Dangdut dan Disco dikunjung ramai oleh rakyat-rakyat Malaysia.

Restoran 
Kedai Makan
SPA

Setiap sudut kita boleh berjumpa dengan raakyat Malaysia dimerata-rata kedai makan kecil maupun besar serta kedai-kedai menjual pakaian ramai dikunjungi oleh pelanggan. Pendek kata seolah-olah tidak berlaku apa-apa sebelum ini.

Suasana Malam

Bersambung lagi....