Wednesday, September 10, 2014

Berehat di Medan

Sudah 2 bulan tidak ke Medan rasa rindu pula Medan, kali ini saya pergi berehat selama 3 hari di Medan mulai 8-10/09/2014 3 hari 2 malam menginap di hotel Garadu, berhadapan dengan rumah Makan Famili.

Penang Airport
Berlepas

Seperti biasa sampainya saya disana terus saya menaiki keretapi laju dengan harga Rp 60.000 (RM 16.00) dari Kuala Namu airport ke Kota Medan yang memakan masa selama 30 minit sahaja berbanding dengan teksi selama 1 jam 30 minit malahan kalau menaiki Bas makan masa hampir 2 jam nak sampai ke Kota Medan.

Kuala Namu airport



Bangunan dalam airport

Kali ini saya tidak menukar wang malaysia kerana saya masih mempunyai baki Rupiah sebanyak 3 juta. Bagi saya perbelanjaan seorang diri tidaklah begitu banyak 3 hari 2 malam disana baru belanja 1 juta 400 ribu rupiah (RM 320.00) ter masok makan minum dan hotel.

Keretapi Laju

Kalau tuan/puan pergi kesana dengan kena caranya belanjanya tidaklah semahal mana. Ya makan pun murah tapi kalau tak kena gaya jadi mahal balik. so tambang teksi motor murah kalau kita bisa menawarnya.

Garudah Hotel


Lobby Hotel
Mee Basah dan Sate
Makan Malam

Di Medan tempat shoping yang menarik bagi orang orang malaysia di Pasar Ikan dan Medan Mall, disini pelbagai barang pakaian dan sebagainya dijual. Bagi pengemar pengemar set bilik tidor khususnya kain2 kain cadar, kain telekong, kain batik dan pelekat dari pelbagai jenama dan jenis ada dijual di Pasar Ikan.

Medan Mall di sebelah kiri

Tengok Baju Jubah
Kain dan Baju
Pelbagai Jenis kain Tirai

Penerbagan pergi dan pulang saya menaiki pesawat airasia, dalam perjalanan balik dari Kuala Namu, Medan ke Penang pada mulanya dimaklumkan oleh ketua prmugari memaklumkan perjalanan selama 45 minit, apabila sampai mendarat di airport Penang ketua pramugari memaklumkan penerbangan sampai awal 25 minit lebih awal dari waktu di jadualkan.


Masjid Raya Medan
Naik Keretapi Laju
Kuala Namu Airport
Minum Petang di airport
Penang Airport

Saturday, September 6, 2014

Mesyuarat di Majlis Perbandaran Seberang. Perai

ANULAE Semenanjung Malaysia Cawangan Majlis Perbandaran Seberang Perai telah berjaya mengadakan Persidangan Tri Tahunanya kali ke 25 pada 6/9/2014 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Terbuka, Dataran Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang.

Tuan Setiausaha M.P.S.P
Jawatankuasa ANUAL Pusat

Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai telah hadir memberi ucapan dan merasmikan mesyuarat tersebut. Sebelum itu majlis dimulakan dengan ucapan En. Ranjit Singh dan di ikuti oleh En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd, Razak Bendahari ANULAE Semenanjung Malaysia.

Tuan Setiausaha Majlis berucap
En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd.Razak berucap

Selepas majlis perasmian semua jemputan dijemput ke jamuan petang yang di sediakan untuk Vip dan kesemua perwakilan yang hadir.

Jamuan Petang

Sebelum mesyuarat di mulakan En. Pissal bin Ab Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut membari taklimat Isu-isu semasa Koperasi mengenai kebaikan menjadi ahli koperasi serta kebajikan-kebajikan ahli-ahli koperasi.

Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Mesyuarat berakhir pada jam 6.30 petang kesemua Jawatan di Cawangan tidak di pertandingkan dan menang tanpa bertanding bagi sessi 2014 hingga 2017.

Majlis Perbandaran P.Pinang

ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang tela berjaya mengadakan Persidangan Tri Tahunan kali ke 25 jam 10.00 pagi pada 6/9/2014 di Bilik Minda Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jalan Kg. Jawa Baru, Pulau Pinang.


En Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak

Mesyuarat ini di rasmikan oleh En. Ku Jamaluddin bin Ku Abd. Razak Bendahari ANULAE Semananjung Malaysia bersama-sama dengan 2 orang Jawatankuasa Kerja Pusat turut serta. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi.

Barisan ANULAE Pusat
Perwakilan yang hadir

Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Pissal bin Abu memberi taklimat kepada perwakilan yang hadir menganai Isu-isu semasa dalam Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dan mengapa anda perlu meneruskan menjadi ahli Koperasi dengan menawarkan pelbagai faedah rendah keatas setiap jenis pinjaman.

En.Pissal bin Abu
Sedang Memberi Taklimat
Perwakilan

Mesyuarat berakhir sebaik sahaja selasai dibuat pengumuman Nama-nama pemenang dalam Jawatankuassa yang dipertandingkan dan di susuli dengan jamuan makan tengahari.

Proses Kiraan Undi
Jamuan Tengahari

Friday, September 5, 2014

Sepetang Bersama Presiden Cuepacs

Pejabat Majlis Daerah Krian dengan kerjasama Jawatankuasa ANULAE Kawasan Krian telah mengadakan Program Sepetang Bersama Presiden Cuepacs pada 5/9/2014 ( Hari Jumaat ) di Dewan Merdeka, Kerian, Perak.


Bersalam dengan Orang Ramai

Ketibaan En. Azih bin Muda Presiden Cuepacs jam 3.00 petang di Dewan Merdeka di sambut oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Kerian bersama-sama Ahli-ahli Majlis , Ketua-ketua Jabatan dan Pengerusi ANULAE Kawasan Kerian.

Presiden Cuepacs dgn Setiausaha M.D.Krian
Nyanyian Lagu Negara Ku
Penjawat Awam

Inilah julung-julung kali nya Presiden Cuepacs turun ke Daerah Krian. berjumpa dan bertemu dengan Penjawat-penjawat Awam di kesemua ajensi dalam Perkhidmatan Awam di Daerah Kerian dengan disaksikan kehadiran Penjawat penjawat Awam di pelbagai peringkat Jabatan.

Ucapan Tuan Setiausaha M.D.Krian
Ucapan Presiden Cuepacs

Majlis dimulakan dengan Lagu Negara Ku dan Bacaan doa, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Krian memulakan ucapannya dengan mengalu-alukan kehadziran En. Azih bin Muda Presedie Cuepacs dengan mendapat tepukan gemuruh.

Barisan J/Kuasa Kerja ANULAE dan KOSPETA
Penjawat Awam

Presiden Cuepacs telah memulakan ucapanya dengan memperjelaskan Isu-isu yang diperjuangankan dan yang telah selesai dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya dalam penambaikan skim Penjawat Awam. Taklimat yang disampaikan mulai jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.15 petang dengan di buka sessi soal jawab. Orang ramai tidak berganjak dari kerusi walau pun jam sudah menunjukan 5.00 petang.

Sesssi Soal Jawab
Cederamata 

Majlis berakhir dengan sidang akhbar dan jamuan makan yang disediakan oleh Pejabat Majlis Daerah Krian.

Sidang Akhbar
Jamuan Petang
Pengerusi Kawasan Krian
Bergambar dengan Presiden Cuepacs
Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd

Thursday, September 4, 2014

Persidangan Tri Tahunan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Kedah Utara telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali 25 pada 4/9/2014 (Khamis) bertempat di Tingkat 7, Bangunan MBAS, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.



Mesyuarat yang di hadiri oleh seramai 115 orang dimulakan dengan lagu Negara Ku di ikuti Lagu ANULAE dan Bacaan doa dirasmikan oleh Sdr. Adnan bin Mat, Penolong Setiausaha Cuepacs merangkap Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

En. Adnan bin Mat Tim. Presiden ANULAE
En. Pissal Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA 

Sebelum ucapan perasmian dibuat Sdr. Pissal bin Abu Setiausaha Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah di jemput untuk memberi taklimat kedudukan terkini dan isu-isu semasa khususnya dalam Pentadbiran Koperasi yang mempunyai seramai 10.870 orang ahli.

Barisan Jawatankuasa
Sebahagian dari Perwakilan
Pengerusi Kiraan Undi Sulit

Persidangan kali ini menyaksikan semua jawatan mengikut ketegori kumpulan dari Pengerusi , Setiausaha, Bendahari serta Jawatankuasa mewakili kumpulan-kumpulan telah menang tanpa bertanding.

Berbincang di Kantin sebelu Mesyuarat
Beri penerangan kpd ank buah MBAS