Thursday, September 4, 2014

Persidangan Tri Tahunan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Kedah Utara telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali 25 pada 4/9/2014 (Khamis) bertempat di Tingkat 7, Bangunan MBAS, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.



Mesyuarat yang di hadiri oleh seramai 115 orang dimulakan dengan lagu Negara Ku di ikuti Lagu ANULAE dan Bacaan doa dirasmikan oleh Sdr. Adnan bin Mat, Penolong Setiausaha Cuepacs merangkap Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.

En. Adnan bin Mat Tim. Presiden ANULAE
En. Pissal Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA 

Sebelum ucapan perasmian dibuat Sdr. Pissal bin Abu Setiausaha Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah di jemput untuk memberi taklimat kedudukan terkini dan isu-isu semasa khususnya dalam Pentadbiran Koperasi yang mempunyai seramai 10.870 orang ahli.

Barisan Jawatankuasa
Sebahagian dari Perwakilan
Pengerusi Kiraan Undi Sulit

Persidangan kali ini menyaksikan semua jawatan mengikut ketegori kumpulan dari Pengerusi , Setiausaha, Bendahari serta Jawatankuasa mewakili kumpulan-kumpulan telah menang tanpa bertanding.

Berbincang di Kantin sebelu Mesyuarat
Beri penerangan kpd ank buah MBAS

No comments:

Post a Comment