Friday, September 5, 2014

Sepetang Bersama Presiden Cuepacs

Pejabat Majlis Daerah Krian dengan kerjasama Jawatankuasa ANULAE Kawasan Krian telah mengadakan Program Sepetang Bersama Presiden Cuepacs pada 5/9/2014 ( Hari Jumaat ) di Dewan Merdeka, Kerian, Perak.


Bersalam dengan Orang Ramai

Ketibaan En. Azih bin Muda Presiden Cuepacs jam 3.00 petang di Dewan Merdeka di sambut oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Kerian bersama-sama Ahli-ahli Majlis , Ketua-ketua Jabatan dan Pengerusi ANULAE Kawasan Kerian.

Presiden Cuepacs dgn Setiausaha M.D.Krian
Nyanyian Lagu Negara Ku
Penjawat Awam

Inilah julung-julung kali nya Presiden Cuepacs turun ke Daerah Krian. berjumpa dan bertemu dengan Penjawat-penjawat Awam di kesemua ajensi dalam Perkhidmatan Awam di Daerah Kerian dengan disaksikan kehadiran Penjawat penjawat Awam di pelbagai peringkat Jabatan.

Ucapan Tuan Setiausaha M.D.Krian
Ucapan Presiden Cuepacs

Majlis dimulakan dengan Lagu Negara Ku dan Bacaan doa, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Krian memulakan ucapannya dengan mengalu-alukan kehadziran En. Azih bin Muda Presedie Cuepacs dengan mendapat tepukan gemuruh.

Barisan J/Kuasa Kerja ANULAE dan KOSPETA
Penjawat Awam

Presiden Cuepacs telah memulakan ucapanya dengan memperjelaskan Isu-isu yang diperjuangankan dan yang telah selesai dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya dalam penambaikan skim Penjawat Awam. Taklimat yang disampaikan mulai jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.15 petang dengan di buka sessi soal jawab. Orang ramai tidak berganjak dari kerusi walau pun jam sudah menunjukan 5.00 petang.

Sesssi Soal Jawab
Cederamata 

Majlis berakhir dengan sidang akhbar dan jamuan makan yang disediakan oleh Pejabat Majlis Daerah Krian.

Sidang Akhbar
Jamuan Petang
Pengerusi Kawasan Krian
Bergambar dengan Presiden Cuepacs
Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd

No comments:

Post a Comment