Tuesday, October 7, 2014

Perjumpaan dengan staff

Hari ini 7hb Oktober 2014 semua Kakitangan Perkhidmaan Awam di Jabatan Jabatan Kerajaan di seluroh Negara mula bekerja setelah bercuti selama 3 hari bagi Negeri yang bercutipada hari Ahad manakala bagi Negeri negeri bercuti pada hari Jumaat mereka bercuti selama 4 hari.

P
ejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini mula kembali membuka pejabatnya, ramai yang hadir dan sebahagian staff yang tidak hadir maklumlah ambil cuti tambahan berhari raya bersama keluarga.

Kain di susun atur setiap kerusi

Pagi ini Setiasuaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan Morning Prayer kepada semua warga kerja yang hadir bagi memberi nasihat serta mendengan masaalah masaalah yang di bangkit oleh Ahli Lembaga serta anggota-anggota Koperasi dalam tempoh 2 bulan ini.

Setiausaha sedang memberi taklimat

Taklimat ringkas khususnya dalam Pentadbiran di sampaikan oleh En Khairul Anuar Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di bantu oleh Puan Fahizah Yakop Penolong Pengurus Koperasi.

Sessi membincang

Setelah Setiausaha menyampaikan maklumat maklumat yang terkini serta membincang isu-isu dan masaallah berbangkit dalam menambah pembaikan semua warga kerja di beri nasihat hendaklah memberi perhatian atas kerja dan tangung jawab yang di berikan.

Setiausaha menandatangani invoice

Diakhir perjumpaan itu Setiausaha bermurah hati memberi setiap warga kerja seramai 24 orang sehelai kain sutra yang di beli khas dari Ho Chi Minh.

Setiausaha membincang dgn Pe, Pengurus

Monday, October 6, 2014

Ngo Kg. Peremba

Ngo Kg. Peremba setiap tahun mengadakan Program Korban, Tahun ini Korban di adakan pada 6/10/2014 Hari Raya ke dua bertempat di Hadapan Rumah Setiausaha Ngo di Kg. Peremba, Jalan Bunga Raya, Tongkang Yard Alor Setar, Kedah.





Pada tahun ini sebanyak 3 ekor di korbankan bagi mewakili seramai 21 orang menjadikan sejumlah 21 tumpok, Setiap peserta setelah siap di lapah diberikan kepada mereka mereka yang masuk korban sebanyak 5 kilo setiap seorang.




Mana kala setiap pekerja yang di atur dalam setiap kumpulan 5 pekerja kali dengan 3 ekor 15 pekerja tiap seorang mendapat daging seorang 1 kilo. Selebihnya daging-daging serta tulang termasok tumpuk tumpuk yang di berikan ada diantara mereka sedekah kembali untuk dibuat kenduri.








Tepat jam 12.00 tengahari Pengerusi En Wan (Pak Wan) mengumumkan di pembesar suara menjemput orang ramai yang ada di situ untuk makan, Alhamdulilah program berjalan dengan lancar dan cuaca hari ini cukup baik.




Bergambar beramai ramai

Sunday, October 5, 2014

Korban 2014

Alhamdulilah Hari Raya Korban pertama 5hb Oktober 2014 saya telah berjaya mengadakan penyembelihan lembu serta kenduri korban untuk anak cucu bertempat di Dewan Orang Ramai Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Alor Setar, Kedah. 






Penyembelihan

Walau pun di pagi raya hujan turun namum program korban berlansung seperti yang di rancangkan, alhamdulilah ramai penghuni-penghuni Rumah Pangsa serta JKKK dan AJK UMNO termasok Pergerakan Wanita turun beramai-ramai menjayakan program ini.





Semua pergerakan kerja berjalan lancar seperti apa yang di putuskan didalam mesyuarat khas yang diadakan pada 2/10/2014 yang membincang susun atur gerak kerja khusus di hari kenduri korban yang di adakan hari ini.








Semua daging daging dan tulang tulang di campur dan di masak gulai daging cair dan sebahagianya di buat soup manakala perut direbus dan di cicah dengan air asam. Alaaa haiii sedapnya cukup menyelerakan.




Melapah

Tepat jam 12.00 tengahari tetamu pertama yang datang YBhg. Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah bersama Jawatankuasanya selepas itu ramailah penghuni penghuni Rumah Pangsa datang walau pun dalam keadaan hujan turun.







Memasak

Program kali ini mendapat sambutan meriah dari segi kerjasama menjalankan program korban terutama penglibatan JKKK dan UMNO Cawangan serta penghuni penghuni Rumah Pangsa yang sejak dari awal lagi memberi komitment.






Akhirnya program kenduri korban ini berakhir pada jam 3 petang dan alhamdulilah semua petugas petugas dapat membawa balik seorang sedikit gulai, dan soup ke rumah masing masing untuk keluarga mereka.

Kenduri Korban  

Thursday, October 2, 2014

Mesyuarat Program Korban

Hari ini 2/10/2014 ( Khamis ) jam 5.00 ptg diadakan Mesyuarat UMNO bersama JKKK Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 di Tabika Kemas, Jalan Bunga Raya, Alor setar, Kedah.

Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat yang di hadiri oleh kesemua AJK di pengerusikan oleh En. Mohd Saad bin Mohd Ariff selaku Ketua UMNO Cawangan merangkap Pengerusi JKKK Cawangan.

Pelbagai Jenis Kain

Bagi melancarkan perjalanan Program Korban mesyuarat hari ini menyusun atur tugas tugas kepada Jawatankuasa  yang dipilih.bagi mempastikan tangung jawab menyerpurnakan Program Korban tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Pelbagai Jienis Kain

Mesyuarat juga memutuskan sebaik sahaja selesai agihan tumpok di bahagikan selebihnya akan di buat kenduri untuk jamuan makan tengahari kepada Penghuni penghuni di Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 tersebut.

Bergambar bersama Jawatankuasa Wanita

Di akhir mesyuarat Setiasuaha UMNO merangkap Setiausaha JKKK telah memberi setiap seorang Jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Wanita sepasang kain shutt yang di beli dari Ho Chi Minh, Vietnam.