Thursday, October 2, 2014

Mesyuarat Program Korban

Hari ini 2/10/2014 ( Khamis ) jam 5.00 ptg diadakan Mesyuarat UMNO bersama JKKK Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 di Tabika Kemas, Jalan Bunga Raya, Alor setar, Kedah.

Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat yang di hadiri oleh kesemua AJK di pengerusikan oleh En. Mohd Saad bin Mohd Ariff selaku Ketua UMNO Cawangan merangkap Pengerusi JKKK Cawangan.

Pelbagai Jenis Kain

Bagi melancarkan perjalanan Program Korban mesyuarat hari ini menyusun atur tugas tugas kepada Jawatankuasa  yang dipilih.bagi mempastikan tangung jawab menyerpurnakan Program Korban tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Pelbagai Jienis Kain

Mesyuarat juga memutuskan sebaik sahaja selesai agihan tumpok di bahagikan selebihnya akan di buat kenduri untuk jamuan makan tengahari kepada Penghuni penghuni di Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 tersebut.

Bergambar bersama Jawatankuasa Wanita

Di akhir mesyuarat Setiasuaha UMNO merangkap Setiausaha JKKK telah memberi setiap seorang Jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Wanita sepasang kain shutt yang di beli dari Ho Chi Minh, Vietnam.

No comments:

Post a Comment