Sunday, October 5, 2014

Korban 2014

Alhamdulilah Hari Raya Korban pertama 5hb Oktober 2014 saya telah berjaya mengadakan penyembelihan lembu serta kenduri korban untuk anak cucu bertempat di Dewan Orang Ramai Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Alor Setar, Kedah. 






Penyembelihan

Walau pun di pagi raya hujan turun namum program korban berlansung seperti yang di rancangkan, alhamdulilah ramai penghuni-penghuni Rumah Pangsa serta JKKK dan AJK UMNO termasok Pergerakan Wanita turun beramai-ramai menjayakan program ini.





Semua pergerakan kerja berjalan lancar seperti apa yang di putuskan didalam mesyuarat khas yang diadakan pada 2/10/2014 yang membincang susun atur gerak kerja khusus di hari kenduri korban yang di adakan hari ini.








Semua daging daging dan tulang tulang di campur dan di masak gulai daging cair dan sebahagianya di buat soup manakala perut direbus dan di cicah dengan air asam. Alaaa haiii sedapnya cukup menyelerakan.




Melapah

Tepat jam 12.00 tengahari tetamu pertama yang datang YBhg. Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah bersama Jawatankuasanya selepas itu ramailah penghuni penghuni Rumah Pangsa datang walau pun dalam keadaan hujan turun.







Memasak

Program kali ini mendapat sambutan meriah dari segi kerjasama menjalankan program korban terutama penglibatan JKKK dan UMNO Cawangan serta penghuni penghuni Rumah Pangsa yang sejak dari awal lagi memberi komitment.






Akhirnya program kenduri korban ini berakhir pada jam 3 petang dan alhamdulilah semua petugas petugas dapat membawa balik seorang sedikit gulai, dan soup ke rumah masing masing untuk keluarga mereka.

Kenduri Korban  

No comments:

Post a Comment