Thursday, March 24, 2011

Mesyuarat J/Kuasa Pinjaman

Mesyuarat Jawatankusa Pinjaman yang diadakan pada hari ini 25-03-2011 diBilik Mesyuarat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad  bertempat di Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

Pengerusi sedang mempengerusikan mesyuarat
En. Pissal Abu salah seorang Jawatankuasa Pinjaman

Permohonan Pinjaman hari ini melebihi 4 juta kepada seramai 98 orang anggota yang memohonya. Mesyuarat dihadiri oleh semua Jawatankuasa Pinjaman.

Jawatankuasa Pinjaman
Kaunter Proses Borang Pinjaman, En. Pissal sedang 
Menyemak Borang-borang Permohonan


Kursus PERSONAL EMPOWERMENT

Environmnet IDAMAN Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Personal Empowerment for Organisation Excellence dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang di Datai Room, selama 2 hari pada 23-24 March 2011 bertempat di Sentosa Regency Hotel, Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. 

Sentosa Regency Hotel

Kursus ini dihadiri oleh seramai 35 orang peserta terdiri daripada Hosu, Sam dan Officer diseluruh Negeri Kedah dan Perlis. Ybhg En. Mhd. Saiful Anuar Zainal, Ketua Pegawai Excekutif turut menyertai selama sehari pada 23 March 2011 dan merasmikanya.

Peserta Pertama Yang Mendaftar dari Perlis
Peserta Kursus

Penceramah terdiri dari Efficent Frontier Consulting adalah syarikat yang dilantik khas oleh MTD bagi tujuan melatih Kakitangan dalaman dan luaran khusus untuk environment IDAMAN Sdn Berhad.

Video Ucapan CEO

Video Penceramah

Diantara Topik yang diBentangkan seperti berikut:-

1.   Under Standing The Organisational Culture
2.   Managing Your self
3.   Human Relations For Effective Results
4.   Managing Your Work
5.   Managing Your Boss
6.   Marketing Your Self

Penceramah telah berjaya menyampaikan ceramahnya dalam masa 2 hari apa yang paling menyeronokan peserta kursus dalam sessi berkumpulan mengadakan persembahan setiap kumpulan. Pemarkahan diberikan setiap kumpulan dan mana-mana kumpulan yang membuat salah akan dipotong markahnya.

Johan Ketegeri Zoo
Johan Kategeri Berkhatan
Johan Kategori Bersanding
Gerak Kerja Penulisan
Pembentangan Kumpulan
Video Persembahan Kumpulan

Ketua Pegawai Excekutif (CEO) dalam ucapan perasmianya miminta semua peserta kursus memberi perhatian setiap tajuk yang dibentangkan supaya ianya memberi dan menambah ilmu yang sedia ada serta menafaat untuk kebaikan syarikat.

En. Pissal Abu Menyampaikan Sijil kepada En. Ahmad Kamal
Ketua Service Unit Kulim
Peserta Kursus Bergambar Bersama CEO

Hasil kutipan denda berbentuk wang tunai  kepada setiap peserta kursus selama 2 hari yang membuat pelbagai kesalahan dengan melanggar etika kursus dapat dikumpulkan sebanyak RM 102.00. Wang ini disedekah kepada waris Allahyarham salah seorang pekerja environment IDAMAN Sdn Berhad yang bertugas di Sungai Petani.

Pn. Sunita menyerahkan wang kepada Hj.Kamarulzaman
\Ketua Service Unit Sungai Petani
Gambar Keselurohan Kursus














Monday, March 21, 2011

Kitar Semula di Wisma Darul Aman

Setiap 2 minggu sekali hari ini 20-03-2011 diadakan Program Kitar Semula diWisma Darul Aman, minggu ini menyaksikan banyak Jabatan-Jabatan yang membawa turun barang-barang kitar semula.

Dari Jabatan Kerajaan Tempatan
Barang-barang sedang ditimbang

Seperti biasa pada hari ini turut bersama-sama memantau selain dari Kerajaan Tempatan tidak ketinggalan wakil dari PPSPPA yang turut bertungkus lumus menolong dan membantu dari awal hingga akhir.

Sedang membincang sebelum memulakan tugas

Pelbagai jenis barang-barang kitar semula yang dapat dikumpul hari ini, kertas dan kotak setelah ditimbang beratnya 1,551 kilo dengan kadar harga RM 574.12.

Barang-barang yang dukumpul

Semua barang-barang dikumpul dan dibawa naik ke lori untuk dibawa ke kedai kitar semula yang telah dipilih  diantara banyak kedai-kedai yang ada disekitar Bandaraya Alor Setar.

Barang-barang yang dibawa dari Wisma ke kedai kitar semula
Video Kitar Semula


Friday, March 18, 2011

Hari Ketiga Shopping

Hari ini 18-03-2011 selepas makan pagi lebih kurang jam 9.30 pagi kami keluar menuju ke kedai barang-barang souvinir, Kedai baru saja buka orang kurang ramai kami pun masuk melawat setiap kedai mencari barang-barang souvinir. 


Shopping
Video Shopping

Selepas itu kami balik ke Hotel dan saya pergi ke Masjid India yang paling dekat dengan hotel untuk solat jumaat, khutubah yang dibacakan oleh khatib semuanya dalam bahasa malaysia. Selesai sudah solat jam 2.40 petang saya balik ke hotel kemudian bawa mereka makan tengahari dan selepas itu kami menaiki kapal Cruises jam 5.00 petang. 

Makan Tengahari
Jetty Cruises
Menaiki Kapal
Tingkat Bawah

Tingkat Atas
Video Kapal Cruises

Jam 7.20 malam kapal curises telah kembali ke jetty dan kami lebih kurang 80 orang penumpang turun dari kapal dan kami terus ke Parkson untuk membeli belah disana.

Parkson Grand
Video Parkson Grand

Selepas shopping kami terus ke medan selera oleh kerana terlalu ramainya orang maka kami pun menunggu kerana mereka melayan orang-orang yang tempah dulu terutama pelancong.

Sedang menjamu selera
Makan Blackpaper Steak
Menjamu selera
Video makam malam

Selepas makan malam kami berjalan-jalan ditengah pekan dan bergambar bersana dengan raplika Patong Kucing terletak ditengah Bandaraya sambil melihat keindahan dimalam hari.

Gambar di Raplika Kucing
Suasana Malam

Kemudian kami balik ke Hotel dan kami checkout dari hotel pada jam 4.00 pagi ( 2 jam lebi awal ) kerana pesawat akan berlepas dari Kucing ke Kuala Lumpur jam 6.15 pagi.


Di Lobby Hotel
Perjalanan balik ke hotel















Thursday, March 17, 2011

Hari Ke 2 Lawatan Ke Muzium

Pagi ini 17 Mac 2011 selepas makan pagi kami sekeluarga berjalan-jalan dari Hotel menuju ke Muzium Negeri Serawak, sampai kami disana waw ramai juga orang, 

Disimpang tiga

Muzium disitu ada 6 jenis iaitu Natural History Muzium, Art Museum, Muzium Serawak , Muzium Islam , Muzium Garden dan Muzium Dewan Tun Abd. Razak, Muzium yang manarik adalah Muzium Tun Abd. Razak.


Pintu masuk ke Muzium
Pameran dalam Muzium

Semua pelawat diingatkan tidak boleh mengambil gambar jadi pandai-pandailah kami mengambil gambar cara senyap-senyap, disetiap sudut ada diletakan CCTV. 

Salah satu gambar didalam Muzium
Papan tanda Muzium
Raplika Tapak Sireh
Video Muzium

Selepas kami melawat, kami balik ke hotel checkout dan kami checkin di Hilton Hotel harganya biasa boleh tahan, bagi saya bekas pesara dan juga bekas kakitangan sektor awam dapat juga discount dari RM 187.00 seebilik kepada 141.00 sahaja.

Hotel Hilton
Hotel Hilton

Hotel ini mempunyai bilik yang selesa dan cukup menarik, sekali sekala bercuti apa ada halnya menginap dihotel yang besar sekurang-kurangnya dapat merasai.

Video Hotel Hilton

Selesai sudah checkin di Hotel Hilton kami keluar semula dengan menaiki rakit ke seberang untuk membeli kek dibawa balik ke Kedah. Seperti biasa la orang ramai terutama pelancong ramai turut membeli kek, apa yang menyeronokan setiap pelancong diberi rasa setiap jenis kek yang ada makan sampai kenyang kemudian baru beli.

Rumah Kedai Kek Lapis
Rasa Kek Lapis
Rasa kek lapis sebelum beli
Dah rasa beli la

Video beli kek

Kemudian kami terus ke kedai yang ada disitu untuk makan tengahari, Nasi Ayam Penyet sedap rupanya dengan harganya tak mahal RM 7.50 sepinggan, selepas kami makan kami balik ke Hotel berehat.

Makan Tengahari

Selepas makan tengahari kami balik ke Hotel berehat, jam 5.00 kami pergi ketebing sungai untuk menaiki Kapal Cruises sayangnya tiket habis jadi kami tempah untuk perjalanan esok petang tambang dewasa RM 60.00 untuk kanak-kanak RM 30.00 pelayaran selama 1jam 30 minit, namum begitu kami masih ada peluang dengan menaiki Sampan Melayu Traditional yang harganya RM 19 bagi dewasa RM 9.00  untuk kanak-kanak, harganya jauh lebih murah dari kapal curises didistinasi yang sama.

Kapal Cruises
Sampan Melayu 
Naik Perahu Traditional

Jam 7.00 petang sampan kami mendarat terus kami menaiki sampan biasa keseberang untun makan malam, Restoran tersebut menghidangkan pelbagai jenis menu termasok Ikan, Daging dan Ayam bakar selain itu ada tomyam dan sebagainya. Harganya boleh tahan seperti biasa diSemenanjung malah di Semenanjung lebih mahal lagi.

Makan Malam
Balik ke Hotel
Makan Malam