Monday, June 27, 2011

Makan Malam DiRumah Mantan Pengerusi

Setelah selesai diadakan taklimat serta persembahan video kepada semua perwakilan dan pemerhati kami dijemput kerumah Tuan Haji Abu Hassan Abdullah, Mantan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dirumahnya yang terletak diBandar Hilir Melaka yang tidak jauh dari tempat persidangan. 

Rumah Tuan Haji Abu Hassan

Selain daripada mengunjung dirumahnya kami juga sempat mengadakan Mesyuarat ALK Khas pada malam itu jam 11.45 malam  khusus membincang mengenai surat teguran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tentang pemberian diveden kepada anggota-anggota koperasi 2010.

Tuan Hj. Abu Hassan menerima tetamu
En. Azih bersama dengan En. Pissal
Bermesyuarat sambil menjamu selera

Jamuan yang disediakan oleh Tuan haji Abu Hassan wauuuu SUP KAMBING bermacam jenis kueh serta buah-buahan tak habis kami semua ahli Lembaga dan Kakitangan Koperasi memakannya. Bayangkan seekor kambing untuk kami keselurohan 28 orang.

Berbincang dengan Biro Wanita Koperasi KOSPETA
Kakitangan Koperasi KOSPETA
Hidangan Kueh dan Buah-buahan

Kami semuanya bersurai pada jam 1.50 pagi. Terima kasih Tuan Haji Abu Hassan semoga tuhan murahkan rezeki dan sehatkan kesihatan keseleruhan keluarganya. Amin.

Persiapan Tempat Dan Taklimat

Persiapan tempat dan taklimat video untuk perwakilan dan pemerhati telah diadakan pada 24 Jun 2011 jam 9.00 malam bertempat di-Dewan Malinja di PERMAISURI MITC Hotel Melaka, Air Keroh,  Melaka.

Permaisuri MITC Hotel

Sebaik sahaja susun atur selesai mengenai persiapan tempat untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 29 selesai pada petang 24 Jun 2011 jam 6.50 petang selepas makan malam, Satu majlis taklimat video mengenai Projek Ikan Air Tawar, Lawatan Naib Presisden Angkasa, Perasmian Sheley dan Sangkar Ikan Baru serta mendengar Ucapan Pembukaan Bank Angkasa diadakan di-Dewan tersebut.


Staff sedang menyusun kedudukan perwakilan
Susun atur kerusi Perwakilan

Sejumlah 87 orang perwakilan dari 101 perwakilan dan pemerhati menghadiri sessi taklimat ini yang disampaikan oleh En. Pissal bin Abu, Ahli Lembaga Koperasi merangkap Pengerusi 3P dan Pengerusi Pemantauan Projek Ikan Air Tawar di Kuala Kangsar.

En Pissal Abu sedang menyampaikan Taklimat
Projek Ikan Air Tawar
Sebahagian Perwakilan
Sebahagian dari Perwakilan

Sebaik sahaja selesai diadakan taklimat dan persembahan video, majlis diteruskan dengan sessi soal jawab terbuka kepada perwakilan yang hadir.  didalam sessi ini hanya 3 orang sahaja dari perwakilan yang bertanyakan  tentang kemajuan projek ikan air tawar.

Thursday, June 23, 2011

Program 3R Di Perlis

Program 3R khusus untuk Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perlis bagi keli ke 3 telah diadakan pada hari ini 23 Jun 2011 hari Khamis jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Tempat Letak Kereta, Kawasan Bangunan Persekutuan Negeri Perlis.

Pegawai PPSPPA sedang menimbang
En. Pissal Abu sedang mencatit
Sesudah 3 kali program ini dijalankan hari ini Puan Fauziah bte Hashim Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Bahagian Pembangunan merangkap Pengarah UPEN buat pertama kali datang melawat ke tapak program 3R dan hadir bersama En. Zaidi Tuah Wakil Pengarah PPSPPA Perlis  menyaksikan transaksi jual beli barang-barang 3R.

Video Kitar Semula

environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal Abu, Officer Corporate Communication Department menjalankan kutipan dengan dibantu oleh En. Suderman Abu Sujak, Penolong Jurutera beserta 5 orang Pegawai Penguatkuasa PPSPPA manakala En. Ubaidillah Abdullah wakil SUK Perlis.

Puan Fauziah Hashim sedang menimbang

Kutipan 3R hari ini melebihi dari bulan lepas, penyumbang yang terbanyak selama 2 bulan berturut-turut datangnya dari bahagian Cleaner. Kutipan dan Jualan hari ini sebanyak RM 191.73.

Bergambar bersama Puan Fauziah Hashim,
Timbalan SUK Pembangunan
Penyerahan Wang Tunai

Gotong Royong Bersama Masyarakat

Sempena Kempen Hidup Sihat yang akan diadakan pada 25 Jun 2011, Pengerusi dan Jawatankuasa Taman Rasa Sayang, Jitra telah mengadakan gotong royong pada 22 Jun 2011 hari Rabu jam 8.00 pagi bertempat diDewan Rukun Tetangga, Taman Rasa Sayang, Jitra, Kedah.


Pengerusi Sedang Memberi Taklimat
Peserta Gotong Royong

Gotong royong tersebut yang diadakan dengan kerjasama environment IDAMAN Sdn Bhd bersama Indah Water Konsortium dan Jabatan Bomba berjalan dengan lancar, ramai penduduk diTaman tersebut keluar bergotong royong walaupun pada hari tersebut hari bekerja.

Pekerja envi IDAMAN
Bergotong Royong
Sarapan Pagi

Tuesday, June 21, 2011

Program 3R di Sek. Men. Langgar

Program 3R kali kedua diSekolah Menegah Langgar telah diadakan pada 21 Jun 2011 hari Selasa jam 8.00 pagi bertempat di Kawasan Lapang, Sekolah menengah Langgar, Alor Setar, Kedah.



Program bersama environment IDAMAN Sdn Bhd dengan PPSPPA dan Sekolah Menegah Langgar mendapat sambutan yang amat baik, ramai dikalangan pelajar-pelajar dan guru sekolah membawa barang-barang dari rumah ke sekolah bagi tujuan kitar semula.


Pagi ini berjalan 2 program serentak selain diadakan timbang berat barang dan majlis satu lagi diadakan taklimat oleh Pegawai PPSPPA mengenai Perlaksanaan Buku Bank untuk Program Kitar Semula disekolah berkenaan.



Hasil timbangan khusus kepada berat kertas sebanyak 1,335 kilo dan lain-lain barangan berharaga RM 695.40.

Perjumpaan dengan Pengarah PPSPPA

Satu perjumpaan diadakan diatas jemputan dari Puan Fadzilah Hassan Pengarah Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pada 20 Jun 2011 jam 3.00 petang ditingkat 13 Komplek MBAS, Jalan Tengku Ibrahim, Alor setar, Kedah.

Pejabat PPSPPA

Perbincangan diadakan khusus mengenai Buku Bank Kitar Semula dan membincang aktiviti serta tarikh-tarikh untuk program kitar semula dalam bulan ini dan seterusnya sepanjang tempoh akhir tahun 2011. 

En. Pissal Abu sedang mencatit sesuatu
Pengarah sedang berbincang dengan En. Pissal
Sedang menonton video kitar semula

Perjumpaan berakhir pada jam 5.30 petang.

Kitar Semula Sek. Pdg Perahu

Program Kutipan 3R kali ke 2 diSekolah Kebangsaan Padang Perahu, Kodiang telah diadakan pada 20 Jun 2011 hari Isnin jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, Kodiang , Kedah. 

Sekolah Kebangsaan Pdg Perahu

Kali pertama program ini diadakan pada Bulan Februari 2011 mendapat sambutan dari murid-murid darjah tahun 1 hingga ke tahun 6. Pelbagai jenis barang-barang dibawa untuk dikitar semula, pendapatan dihari pertama mendapat sebanyak RM 302.00.

Barang-barang dikumpul
Barang untuk ditimbang
Barang sedang ditimbang

Hari ini program diadakan untuk kali ke dua dengan mendapat sambutan dari semua guru dan murid dan pendapatan hari ini diatas hasil jualan sebanyak RM 349.50 melebih sedikit dari program yang pertama.

Menjamu selera di kantin