Monday, June 27, 2011

Persiapan Tempat Dan Taklimat

Persiapan tempat dan taklimat video untuk perwakilan dan pemerhati telah diadakan pada 24 Jun 2011 jam 9.00 malam bertempat di-Dewan Malinja di PERMAISURI MITC Hotel Melaka, Air Keroh,  Melaka.

Permaisuri MITC Hotel

Sebaik sahaja susun atur selesai mengenai persiapan tempat untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 29 selesai pada petang 24 Jun 2011 jam 6.50 petang selepas makan malam, Satu majlis taklimat video mengenai Projek Ikan Air Tawar, Lawatan Naib Presisden Angkasa, Perasmian Sheley dan Sangkar Ikan Baru serta mendengar Ucapan Pembukaan Bank Angkasa diadakan di-Dewan tersebut.


Staff sedang menyusun kedudukan perwakilan
Susun atur kerusi Perwakilan

Sejumlah 87 orang perwakilan dari 101 perwakilan dan pemerhati menghadiri sessi taklimat ini yang disampaikan oleh En. Pissal bin Abu, Ahli Lembaga Koperasi merangkap Pengerusi 3P dan Pengerusi Pemantauan Projek Ikan Air Tawar di Kuala Kangsar.

En Pissal Abu sedang menyampaikan Taklimat
Projek Ikan Air Tawar
Sebahagian Perwakilan
Sebahagian dari Perwakilan

Sebaik sahaja selesai diadakan taklimat dan persembahan video, majlis diteruskan dengan sessi soal jawab terbuka kepada perwakilan yang hadir.  didalam sessi ini hanya 3 orang sahaja dari perwakilan yang bertanyakan  tentang kemajuan projek ikan air tawar.

No comments:

Post a Comment