Tuesday, June 21, 2011

Kitar Semula Sek. Pdg Perahu

Program Kutipan 3R kali ke 2 diSekolah Kebangsaan Padang Perahu, Kodiang telah diadakan pada 20 Jun 2011 hari Isnin jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, Kodiang , Kedah. 

Sekolah Kebangsaan Pdg Perahu

Kali pertama program ini diadakan pada Bulan Februari 2011 mendapat sambutan dari murid-murid darjah tahun 1 hingga ke tahun 6. Pelbagai jenis barang-barang dibawa untuk dikitar semula, pendapatan dihari pertama mendapat sebanyak RM 302.00.

Barang-barang dikumpul
Barang untuk ditimbang
Barang sedang ditimbang

Hari ini program diadakan untuk kali ke dua dengan mendapat sambutan dari semua guru dan murid dan pendapatan hari ini diatas hasil jualan sebanyak RM 349.50 melebih sedikit dari program yang pertama.

Menjamu selera di kantin

No comments:

Post a Comment