Thursday, June 23, 2011

Program 3R Di Perlis

Program 3R khusus untuk Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perlis bagi keli ke 3 telah diadakan pada hari ini 23 Jun 2011 hari Khamis jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Tempat Letak Kereta, Kawasan Bangunan Persekutuan Negeri Perlis.

Pegawai PPSPPA sedang menimbang
En. Pissal Abu sedang mencatit
Sesudah 3 kali program ini dijalankan hari ini Puan Fauziah bte Hashim Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Bahagian Pembangunan merangkap Pengarah UPEN buat pertama kali datang melawat ke tapak program 3R dan hadir bersama En. Zaidi Tuah Wakil Pengarah PPSPPA Perlis  menyaksikan transaksi jual beli barang-barang 3R.

Video Kitar Semula

environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal Abu, Officer Corporate Communication Department menjalankan kutipan dengan dibantu oleh En. Suderman Abu Sujak, Penolong Jurutera beserta 5 orang Pegawai Penguatkuasa PPSPPA manakala En. Ubaidillah Abdullah wakil SUK Perlis.

Puan Fauziah Hashim sedang menimbang

Kutipan 3R hari ini melebihi dari bulan lepas, penyumbang yang terbanyak selama 2 bulan berturut-turut datangnya dari bahagian Cleaner. Kutipan dan Jualan hari ini sebanyak RM 191.73.

Bergambar bersama Puan Fauziah Hashim,
Timbalan SUK Pembangunan
Penyerahan Wang Tunai

No comments:

Post a Comment