Saturday, October 15, 2011

Mesyuarat Urusniaga di Kuala Lumpur

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan mesyuarat urusniaganya pada 15 Oktober 2011 Hari Jumaat jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Pasar Borong, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih Muda sedang menpengerusikan mesyuarat

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA merangkap Pengerusi Urusniaga dan En. Pissal Abu selaku setiausahanya. Semua Jawatankuasa hadir kecuali Tuan Hj. Ibrahim tidak hadir kerana berada di luar negara.




Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi membincang banyak perkara dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Berehat sembahyang dan makan kemudian diteruskan dengan mesyuarat meluluskan pinjaman berjamin seperti yang dipohonkan oleh anggota-anggota.

Menaiki Bas ke Kuala Lumpur

Tarikh 14 Oktober 2011 jam 11.00 malam dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur menaiki Bas Sri Maju, sebelum tarikh berangkat saya membeli tiket di kaunter minta tempat duduk single jam 12 malam, kaunter memberitahu kerusi single ada tapi dibelakang maka saya minta beliau check Bas jam 11 untuk kerusi single katanya ada dan beliau berikan kerusi No 12 pada saya.

Bas Sri Maju

Saya tiba di Shahab Perdana pada jam 10.30 malam terus kekaunter minta kerani mencatiti nombor Bas lalu beliau mencatit ABH 9898 selepas iti jam 10.45 saya ke Flatform tengok Bas Sri Maju ada tapi plet nombor ABT 7732 fikiran saya tentunya Bas jam 10.00 malam saya terus dudu dikerusi yang disediakan tidak peduli Bas tersebut. Sampai waktunya sehingga jam 11,40 malam Bas tidak kunjung tiba akhirnya munculah Bas Sri Maju (Bas Baru) jam 11.50 malam.

Saya menuju ke Bas tersebut bertanyakan kepada pemandu, ini Bas jam 11.00 ka? katanya tidak ini jam 12.00 malam, beliau menalipon pada pemandu Bas jam 11.00 bertanya awak masuk ka tidak diShahab Perdana jam 11.00 tadi ini ada seorang penumpang tertinggal, kata pemandu tadi kami masuk ya memang ada seorang penumpang tidak datang. terus saya katakan yang saya menunggu dari jam 10.45 hingga 11.45 tidak pergi kemana pun duduk dikerusi menunggu.


Kemudian saya bertanya bolehkah saya menaiki Bas ini kata pemandu saya kena dapat izin dari kaunter terlebih dahulu, saya beritahu pemandu tersebut kaunter jam 11.00 sudah ditutup tiada sesiapa disana. Lantas itu saya beritahu kepada pemandu itu tak apa saya boleh beli tiket lain tapi saya nak pergi mengadu kepada Penguatkuasa JPJ yang ada disitu. Beliau telah mengubah fikiran membenarkan saya menaiki Bas tersebut hanya ke Simpang Pulai kemudian saya perlu berpindah ke Bas tersebut saya bersetuju.

Suasana pagi di Pudu Central Kuala Lumpur

Tepat jam 12.00 malam seperti didalam jadual maka Bas tersebut bergerak dari Terminal Shahab Perdana untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, tidak sampai 10 minit Bas tersebut bergerak ia berhenti ditepi jalan selepas station minyak Petronas rupanya disitu sedia menanti sebuah lori kecil yang membawa peralatan untuk memperbaiki Bas tersebut kononya rosak pump minyak.

Suasana pagi

Lebih kurang 30 minit Bas tersebut mula bergerak didalam perjalanan dengan deringan handfhone memaklumkan kepada pemandu simpanan katanya ada 2 orang penumpang nak naik Bas tersebut (Penumpang ini tidak ada tiket bayar terus pada pemandu), sampai ditol Bas sekali lagi berhenti selama 10 minit menunggu penumpang tersebut. Bas mula bergerak sebaik sahaja 2 penumpang tersebut menaiki Bas, kami sampai di Kuala Lumpur jam 6.35 pagi.   

Monday, October 3, 2011

Lori Kompactor Baru

Sebanyak 5 unit lori baru telah sampai 2 unit darinya tayar 10 dan 3 unit yang lain tayar 6 semuanya lori tersebut diletakan di Depoh, Lebuhraya Sultanah Bahiyah Sambungan, AlorSetar, Kedah.


En. Mhd. Saiful Anuar Zainal Ketua Pegawai Exsekutif environment IDAMAN Sdn Bhd bersama-bersama dengan Ketua-Ketua Jabatan mengadakan sidang akhbar di Depoh lori pada 03 Oktober 2011 di Perkaragan Depoh Lori.



Selepas diadakan sidang akhbar En. Mhd. Saiful Anuar Zainal bersama dengan Pengurus menaiki lori baru untuk di cuba.


Sunday, October 2, 2011

Kereta Baru Inspira

Sebaik saja sampai di LCCT dari Medan pada 2 Oktober 2011 jam 9.40 pagi saya terus menuju ke kedai kereta Proton di Subang.untuk mengambil kereta baru yang telah diproseskan dalam seminggu yang lalu.


Inspira 1.8 berwarna merah telah siap sedia menanti saya untuk dibawa balik ke Alor Setar, selepas selesainya tandatangani semua dokumen serta penyerahan kunci saya mula bergerak perlahan memandu kereta tersebut dan terus ke kedai iyak Petronas yang terletak tidak jauh dari situ.   


Semasa memandu balik ke Alor Setar alamak boringnya ikut arahan mengatakan kereta baru hanya 90 KM atau 100 KM sejam  

Lawatan Ke Medan

Malam 29 September 2011 saya bertolak dari Alor Setar ke Kuala Lumpur jam 8.50 malam dengan menaiki AirAsia di Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim, Alor Setar, Kedah. 


Sesampainya saya disana pada jam 9.50 malam seperti biasa sementara menunggu penerbangan pada pagi esok, saya ke restoran makan seperti biasa order minuman dan terus membuka lattop buat blog sampai jam 4.00 pagi.


Jam 6.00 pagi 30 September 2011 saya mula bergerak masuk untuk pemeriksaaan bagage kemudian itu saya terus ke surau solat subuh, waktu masih ada saya ke restoran untuk minum teh. Jam 7.45 semua yang nak menuju ke Medan telah berbaris untuk menaiki pesawat.



Pesawat mula bergerak jam 8.50 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Polonia, Medan jam 8.50 pagi waktu Indonesia. Ketibaan saya disana sudah dinantikan bersama dengan kenderaan untuk membawa saya ke International Hotel Danau Toba yang terletak didalam bandar tidak jauh dari airport. 




Lawatan saya selama 3 hari 2 malam telah diatur oleh sahabat saya disana termasok diadakan beberapa siri perbincangan dengan rakan-rakan yang lain khususnya dalam urusan pernigaan dan kerjasama kedua-dua belah pihak.

Berangkat Pulang Ke Malaysia

Thursday, September 29, 2011

Program 3R dengan Warga Kemas

Kemas khususnya Guru-Guru Tadika juga tidak ketinggalan menganjurkan program kitar semula pada 29- September 2011 hari Khamis jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Orang Ramai, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.


Program environment IDAMAN Sdn Bhd bersama masyarakat diadakan 3 dalam 1 iaitu Taklimat kitar semula, Meraikan Pembantu serta Jamuan Raya khas untuk Guru-Guru dan Pembantu Tadika Dun Kubang Rotan mendapat sambutan yang mengalakan. 


Turut hadir didalam program ini selain dari Guru-guru dan Pembantu Tadika En. Mizan Penyelia Kemas bersama dengan En Shukeri dan En. Sobri Pengerusi Tadika Dun Kubang Rotan juga Ngo dikawasan tersebut.




Majlis dimulakan dengan taklimat kitar semula yang disampaikan oleh En. Pissal Abu, Pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd dan diikuti dengan ucapan En. Mizan Penyelia Kemas Dun Kubang Rotan. Selesai sahaja ucapan diteruskan dengan majlis sambutan hari raya.



Staff IDAMAN bergambar sesudah makan

Wednesday, September 28, 2011

Program 3R Sek.Kbg. Sri Pantai


Kali pertama program 3R yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai pada 28 September 2011 hari Rabu jam 9.00 pagi di Kawasan Lapang, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.


Penglibatan dari pelajar-pelajar cukup membanggakan dengan jumlah penyertaan seramai 143 orang ianya menunjukan pelajar-pelajar sedar bertapa pentingnya program 3R diadakan.  Walau pun kuantiti barangan setiap peserta tidak banyak namum semangat yang ditunjukan boleh membantu menceriakan alam sekitar.



Seperti biasa kaunter dibuka selain tenaga kerja dari environment IDAMAN Sdn Bhd turut membantu bersama Pegawai dan kakitangan PPSPPA Alor Setar. Jumlah pendapatan keselurohan setelah selesai dibuat penimbangan sebanyak RM 178.90.