Thursday, September 29, 2011

Program 3R dengan Warga Kemas

Kemas khususnya Guru-Guru Tadika juga tidak ketinggalan menganjurkan program kitar semula pada 29- September 2011 hari Khamis jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Orang Ramai, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.


Program environment IDAMAN Sdn Bhd bersama masyarakat diadakan 3 dalam 1 iaitu Taklimat kitar semula, Meraikan Pembantu serta Jamuan Raya khas untuk Guru-Guru dan Pembantu Tadika Dun Kubang Rotan mendapat sambutan yang mengalakan. 


Turut hadir didalam program ini selain dari Guru-guru dan Pembantu Tadika En. Mizan Penyelia Kemas bersama dengan En Shukeri dan En. Sobri Pengerusi Tadika Dun Kubang Rotan juga Ngo dikawasan tersebut.




Majlis dimulakan dengan taklimat kitar semula yang disampaikan oleh En. Pissal Abu, Pegawai environment IDAMAN Sdn Bhd dan diikuti dengan ucapan En. Mizan Penyelia Kemas Dun Kubang Rotan. Selesai sahaja ucapan diteruskan dengan majlis sambutan hari raya.



Staff IDAMAN bergambar sesudah makan

No comments:

Post a Comment