Saturday, October 15, 2011

Menaiki Bas ke Kuala Lumpur

Tarikh 14 Oktober 2011 jam 11.00 malam dalam perjalanan saya ke Kuala Lumpur menaiki Bas Sri Maju, sebelum tarikh berangkat saya membeli tiket di kaunter minta tempat duduk single jam 12 malam, kaunter memberitahu kerusi single ada tapi dibelakang maka saya minta beliau check Bas jam 11 untuk kerusi single katanya ada dan beliau berikan kerusi No 12 pada saya.

Bas Sri Maju

Saya tiba di Shahab Perdana pada jam 10.30 malam terus kekaunter minta kerani mencatiti nombor Bas lalu beliau mencatit ABH 9898 selepas iti jam 10.45 saya ke Flatform tengok Bas Sri Maju ada tapi plet nombor ABT 7732 fikiran saya tentunya Bas jam 10.00 malam saya terus dudu dikerusi yang disediakan tidak peduli Bas tersebut. Sampai waktunya sehingga jam 11,40 malam Bas tidak kunjung tiba akhirnya munculah Bas Sri Maju (Bas Baru) jam 11.50 malam.

Saya menuju ke Bas tersebut bertanyakan kepada pemandu, ini Bas jam 11.00 ka? katanya tidak ini jam 12.00 malam, beliau menalipon pada pemandu Bas jam 11.00 bertanya awak masuk ka tidak diShahab Perdana jam 11.00 tadi ini ada seorang penumpang tertinggal, kata pemandu tadi kami masuk ya memang ada seorang penumpang tidak datang. terus saya katakan yang saya menunggu dari jam 10.45 hingga 11.45 tidak pergi kemana pun duduk dikerusi menunggu.


Kemudian saya bertanya bolehkah saya menaiki Bas ini kata pemandu saya kena dapat izin dari kaunter terlebih dahulu, saya beritahu pemandu tersebut kaunter jam 11.00 sudah ditutup tiada sesiapa disana. Lantas itu saya beritahu kepada pemandu itu tak apa saya boleh beli tiket lain tapi saya nak pergi mengadu kepada Penguatkuasa JPJ yang ada disitu. Beliau telah mengubah fikiran membenarkan saya menaiki Bas tersebut hanya ke Simpang Pulai kemudian saya perlu berpindah ke Bas tersebut saya bersetuju.

Suasana pagi di Pudu Central Kuala Lumpur

Tepat jam 12.00 malam seperti didalam jadual maka Bas tersebut bergerak dari Terminal Shahab Perdana untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, tidak sampai 10 minit Bas tersebut bergerak ia berhenti ditepi jalan selepas station minyak Petronas rupanya disitu sedia menanti sebuah lori kecil yang membawa peralatan untuk memperbaiki Bas tersebut kononya rosak pump minyak.

Suasana pagi

Lebih kurang 30 minit Bas tersebut mula bergerak didalam perjalanan dengan deringan handfhone memaklumkan kepada pemandu simpanan katanya ada 2 orang penumpang nak naik Bas tersebut (Penumpang ini tidak ada tiket bayar terus pada pemandu), sampai ditol Bas sekali lagi berhenti selama 10 minit menunggu penumpang tersebut. Bas mula bergerak sebaik sahaja 2 penumpang tersebut menaiki Bas, kami sampai di Kuala Lumpur jam 6.35 pagi.   

No comments:

Post a Comment