Friday, September 14, 2012

Rumah Terbuka Bank Persatuan

Rumah terbuka aidilfitri dalam bulan syawal tinggal tidak berapa lama lagi masing-masing sama ada orang persaorangan Jabatan Kerajaan, Swasta dan Ngo bergelut mengadakanya. Hari ini 14-09-2012 Jumaat, Bank Persatuan mengadakan rumah terbuka dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Ibu Pejabat Bank Persatuan, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru,  Kuala Lumpur.

Kain Rentang
Pengerusi Bank Persatuan dan Naib

Koperasi KOSPETA yang diketuai oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi bersama En. Pissal Abu Penolong Setiasuaha serta Sdr. P.Phatumalai Juruodit menghadiri majlis ini. Kedatangan kami sedia menunggu menyambut kami ialah Pengerusi Bank Persatuan serta Jawatankuasanya.

En. Azih Muda bersama Pengerusi Bank Persatuan 
En. Pissal Abu Koperasi KOSPETA
En. Azih Muda
Orang ramai yang hadir

Kelihatan disekeliling tempat jamuan diadakan orang ramai menghadiri majlis ini, pelbagai jenis menu yang dihidangkan termasok Nasi Tomato, Laksa, Satay, Ketupat, Lemang dan banyak lagi. Majlis ini diadakan mulai jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Bergambar bersama Pengerusi Bank Persatuan

Saturday, September 8, 2012

Hari Ketiga ke Pasar Lama

Hari ke 3 08/09/2012 selepas makan pagi kami saya bersama Ustaz Abd.Halim dan Propeser bertolak ke Pasar Lama membeli cederamata untuk nak di bawa balik ke Malaysia pada 09/09/2012, Sampai dipasar kelihatan ramai orang tempatan dan pelancong sedang membeli belah.

Sarapan pagi
Menaiki tutu-tut ke pasar lama

Jika diperhatikan sikap peniaga disini boleh dipuji dengan ramahnya mereka tidak cepat marah walau apa pelbagai kerenah dari pelangan terutamanya pelancong, barang-barang yang dipegang dan ditawar jika kita tidak menjadi belinya mereka senyum sahaja tak marah.

Barang-barang kraftangan
Gambar

Selepas melawat serta membeli serba sedikit kami terus ke rumah Kakak Ustaz untuk makan tengahari dengan menaiki tut-tut, tutu-tutu disana cukup banyak memudahkan setiap pelancong atau orang-orang tempatan berulang alik kemana sahaja.

Video Pasar Lama

Makanan tengahari disediakan dengan ala kadar, saya amat menyukainya kerana masakan mereka tidak jauh berbedza dengan masakan di negara kita sendiri. Keluaraga ini hidup dalam suasana yang sederhana namum begitu mereka tetap menghormati tetamu, mana-mana tetamu yang datang mereka  tetap menerimanya dengan hati terbuka.

Restoran atas Bot
Gambar

Dalam perjalanan pulang ke hotel kami sempat singgah ditebing sungai untuk melihat restoran bergerak diatas bot, setiap satu restoran dihias dengan cantik supaya dapat menarik hati pelancong untuk menyewa atau berkunjung serta menjamu selera.

Friday, September 7, 2012

Hari KeDua Melawat Muzium

Hari ini 07/09/2012 saya berkesempatan dapat melawat Tuol Sleng Genocide Muzium yang terletak didalam Bandar tersebut, Bangunan Muzium ini adalah merupakan tempat tawanan perang bagi penduduk-penduduk Phnompenh yang ditangkap dan disiksa sehingga mati.


Kata orang Cambodia jika kita datang ke sini tidak melawat muzium ini tak sah macam tak cukup syarat datang ke Phnompenh. Sampainya saya dimuzium tersebut sudah ada orang telah datang lebih awal terutama Mat Saleh, mereka cukup berminat membaca setiap penulisan yang dilekatkan ke dinding.


Bagi saya setelah dapat masuk bangunan tersebut dan melihat sendiri katil-katil yang mana setiap mangsa disiksa dengan dirantai atau digari pada kaki dan tangan dengan rantai besi amat menyedihkan.

Gambar

Pelbagai gambar melalui foto atau lukisan yang dilukis semula menunjukan betapa kejamnya askar-askar Khmer Rough pada ketika itu sebelum membunuh terlebih dahulu rakyat-rakyat disiksa sehingga mati, kanak-kanak kecil dilambung kemudian ditembak, kepala-kepala orang dewasa disembelih dan tengkoraknya dihimpun. 


Video Lawatan ke Muzium

Bila dilihat pada gambar-gambar termasok tengkorak-tengkorak yang disimpan kedalam almari kaca serta bangunan tersebut ianya amat mengerunkan apabila diwaktu malam hari. Bagi orang-orang tempatan mereka tidak lagi merasakan apa-apa namun begitu orang-orang disitu ada juga memberitahu mereka sering diganggu diwaktu malam.

Video Tukar Wang

Petang kami ke Pasar Lama melawat disekitar pasar tersebut dan  menukar Dollar kepada Wang Reil  bagi kemudahan untuk berbelanja.

Thursday, September 6, 2012

Hari Pertama di Phnompenh

Keinginan untuk ke Phnompenh, Combodia telah pun tercapai, Hari pertama pada 06/09/2012 tepat jam 9.00 pagi (WM) jam 8.00 pagi (WP) sejam lewat dari Malaysia  pesawat AirAsia yang saya naiki telah mendarat di Phnompenh Airport.

LCCT Kuala Lumpur

Seperti biasa saya melancong secara persendirian selama 4 hari 3 malam untuk mendapat dan  menimba pengelaman selama 4 hari disana. Sebelum sampai hari bertolak saya banyak memikirkan apa yang kawan-kawan katakan pelbagai macam sehingga menakutkan rasanya.

Tourist Information

Setelah selesai mengecop pasport dengan mudahnya saya terus ke kaunter teksi melihat harga tambang teksi ke pekan, harga teksi yang telah ditetapkan sebanyak 9 USD (RM 29.00) manakala Tut-tut 7 USD (RM 23.00) kemudian terus ke Tourist Information melihat peta Bandar Phnopenh sebagai panduan, sampai ke pintu hadapan orang ramai tersedia menunggu untuk menyambut saudara mara mereka.

Menuju ke pintu luar
Gambar
Gambar

Saya terus berjalan keluar dengan diperhatikan oleh orang-orang yang menunggu disitu dalam hati saya mereka ini bolehkah bertanya atau minta tolong, saya mengambil keputusan terus dengan tidak menegur siapa langkah pertama pusing disekitar kawasan tersebut untuk mendapat ilham bagi meneruskan perjalan ke Bandar Phnopenh ketika itu ramailah pemandu teksi dan tut-tut dari jauh melambai-lambaikan tangan menjemput menaiki teksi atau tut-tut mereka.

Bersama dengan En. Aziz Saifudin, Profesor

Dalam saya berjalan-jalan saya ditegur oleh 2 orang yang sama-sama baru turun dari pesawat dan beliau bertanyakan saya nak kemana terus saya jawab nak ke Bandar untuk mendapatkan hotel terus beliau dan rakanya mempelawakan saya menaiki teksi yang sama untuk ke Bandar.

Video  Pesawat mendarat
Video didalam Airport

Setelah menaiki teksi beliau memperkenalkan dirinya En. Abd. Halim Yusof setelah saya melihat card namanya yang diberikan ternyata beliau ialah seorang Ustaz Abd. Halim bin Yusof , Executive Chairman iis global (m) Sdn Bhd merangkap President Organization, Khmer-Islamic Development Econimic Organization Cambodia dan rakanya En. Aziz Saifuddin, Profeser.

Video Perjalan ke Hotel
Video Hotel Phnompenh

Kami terus menuju ke Boeung Meas Guesthouse yang terletak di 43C Street 86, Sangkat Srash Chork, Kan Daun Penh, Phno Penh, Cambodia terletak bersebelahan Masjid Negara kawasan orang-orang Islam, kemudahan disitu banyak restoran dan kedai makanan halal.

Tasnim Restauran
Makan tengahari dengan Ustaz Abd. Halim
Sewa hotel di situ sebanyak 5 USD (RM 16.00) 1 malam biliknya termasok bilik air cantik bersih dan lebih besar dari Hotel City Park Kuala Lumpur. Setelah checkin kami ke Tasnim Restoran bersebelahan hotel kami untuk makan tengahari, makananya sedap mengikut citarasa kita tapi jika tak tahu order lain bunyinya maka sampailah hidangan yang lain. Keistimewaanya pekerja restoran ini boleh bercakap dalam bahasa melayu.

Boeung Meas Guesthouse
Bilik 5 USD 

Disebelah petang kami pergi ke Pasar Lama melihat disekeliling pasar dan menukar Wang Dollar kepada Real (Cambodia), ternyata sudah cerita dari kawan-kawan meleset sekali dengan mengatakan Wang Real tak laku malah penduduk disana pun tak mahu Wang Real. Nilai wang real 10 USD  nilainya 40,000 ribu real bersamaan Wang Malaysia RM 40.00.

Tuesday, September 4, 2012

Rumah Terbuka Aidifitri 2012

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menerima 2 jemputan rumah terbuka pada 04/09/2012 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan (SKM) dan Angkasa bertempat yang berlainan, Angkasa diPejabatnya Wisma Ungku Aziz, Kelanajaya, Petaling Jaya manakala di Komplek Pertama di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


En. Azih Muda bersama Pengarah

Sebelah pagi sebaik sahaja selesai mesyuarat pinjaman di Pejabat Koperasi, En. Azih Muda Pengerusi mengetuai Koperasi bersama En. Pissal Abu Penolong Setiausaha, En. R. Phatumalai Jawatankuasa Audit dan En. Khairul Abdullah Pengurus Koperasi mengunjungi Pejabat SKM pada jam 1.00 tengahari untuk menyertai bersama-sama di rumah terbuka aidilfitri.

En. Pissal Abu sedang mengambil makanan
Berbincang  mengenai Koperasi

Kedatangan kami disambut oleh Pengarah, Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai SKM ditingkat 11 Komplek Pertama, Kuala Lumpur. Disamping menjamu selera kami dapat berbual-bual serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara. Menu yang disediakan begitu banyak dan ramai Koperasi turut hadir dimajlis tersebut.

En. Azih Muda bersama En. Khairul
Bergambar Bersama dengan Penolong Pengarah

Jam 3.00 petang kami  sampai di Wisma Ungku Aziz Pejabat Angkasa kebetulan YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan  turut berada disitu dan kami disambut oleh Presiden Angkasa oleh Datuk Dr. Mohd. Ali bin Baharom.

Bersalam dengan Presiden Angkasa
En. Azih Muda bersaslam dengan Dato' Sri

En. Azih Muda sempat berbual-bual dengan Menteri serta Presiden Koperasi dan Pegawai-pegawainya  mengenai isu-isu semasa didalam Koperasi, suasana dihari itu cukup mesra dan ramai tetamu-tetamu yang datang.

En. Azih berbual dengan Dato' Sri
YB. Dato' Sri pulang
Selepas berbual YB Datuk Sri pulang jam 4.30 petang ke Pejabatnya dan kami terus menjamu selera serta berbual-bual dengan Pegawai-pegawai Angkasa.

En. Pissal bersama En. Azih Muda
En. Azih berbual dengan Presiden Angkasa
Bergambar bersama Presiden Angkasa

Perjumpaan dengan Persatuan Penjaja

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hari ini 04/09/2012 jam 4.00 petang telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan J/Kuasa Persatuan Penjaja Pasar Besar Gombak, di Pasar Besar Gombak, Kuala Lumpur.

Pasar Besar Gombak

Perjumpaan hari ini membincang mengenai cadangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad hendak mengadakan  Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM) bertempat di Pasar Gombak dan pohon persetujuan serta sokongan dari persatuan tersebut.

Tapak Kedai KRIM
Sedang Berbincang dengan Peniaga

Pihak Persatuan diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Bendahari manakala Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diwakili oleh En. Azih bin Muda, Pengerusi, En. Pissal bin Abu, Pen. Setiausaha, En. Phatumalai, Juruodit dan En. Khairul bin Abdullah Pengurus Koperasi.

Sedang Membincang
Bergambar Beramai-ramai

Disebelah pagi telah diadakan mesyuarat pinjaman yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda di Bilik mesyuarat tingkat 2 diPejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad sebanyak RM 1,5 juta telah diluluskan pada hari ini.

Mesyuarat Pinjaman
Suasana Mesyuarat

Saturday, September 1, 2012

Pertandingan Karaoke

Pertandingan karaoke lagu-lagu Hari Raya bersempena menyambut Hari Kebangsaan ke 55 mendapat sambutan dari orang ramai yang diadakan pada 31/08/2012 jam 9.00 malam bertempat di Pak Tam Cafe & Karaoke, Bt. 10, Jabi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Sebahagian daripada orang ramai

Sebahagian dari peserta

Seramai 25 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan telah  mengambil bahagian didalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan hanya suka-suka sahaja bagi mengeratkan lagi silatulrahim antara sesama pelanggan yang mengunjungi karaoke tersebut.

Pakaian Lelaki Terbaik
Pakaian Wanita Terbaik

Hadiah barangan electrik ditawarkan dari tempat pertama hingga ke sepuloh manakala hadiah saguhati diberikan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan. Pertandingan ini diadili oleh 2 orang pengadil dan 2 orang pengadil bagi pakaian tercantik dan persembahan terbaik bagi ketagori lelaki dan wanita.

Persembahan Lelaki Terbaik
Gambar Pertandingan

Tempat pertama Oven bernilai RM 299.00 dimenangi oleh Cik Nur Sharifah dari Alor Malai  kedua Periuk Nasi Panasonik RM 120.00 oleh En. Sobri dari Pendang dan ketiga Dapur Masak RM 89.00 oleh En. Wan Hussin dari Pokok sena manakala tempat keempat hingga ke sepuloh masing-masing menerima periuk nasi jenama Homax bernilai RM 33.00 setiap satu.

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Bagi kategori pakaian terbaik lelaki dimenangi oleh En. DM. Sofi manakala Pn Norishah Mansor bagi ketegori wanita, Pakaian tercantik lelaki dimenangi oleh En. Abu Bakar manakala wanita dimenangi oleh Cik Nur Sharifah masing mendapat periuk masak.

Peserta Pertama, kedua dan ketiga 

Hadiah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu sebagai penganjur pertandingan tersebut dan majlis ini berakhir tepat pada jam 12.00 malam.