Friday, September 7, 2012

Hari KeDua Melawat Muzium

Hari ini 07/09/2012 saya berkesempatan dapat melawat Tuol Sleng Genocide Muzium yang terletak didalam Bandar tersebut, Bangunan Muzium ini adalah merupakan tempat tawanan perang bagi penduduk-penduduk Phnompenh yang ditangkap dan disiksa sehingga mati.


Kata orang Cambodia jika kita datang ke sini tidak melawat muzium ini tak sah macam tak cukup syarat datang ke Phnompenh. Sampainya saya dimuzium tersebut sudah ada orang telah datang lebih awal terutama Mat Saleh, mereka cukup berminat membaca setiap penulisan yang dilekatkan ke dinding.


Bagi saya setelah dapat masuk bangunan tersebut dan melihat sendiri katil-katil yang mana setiap mangsa disiksa dengan dirantai atau digari pada kaki dan tangan dengan rantai besi amat menyedihkan.

Gambar

Pelbagai gambar melalui foto atau lukisan yang dilukis semula menunjukan betapa kejamnya askar-askar Khmer Rough pada ketika itu sebelum membunuh terlebih dahulu rakyat-rakyat disiksa sehingga mati, kanak-kanak kecil dilambung kemudian ditembak, kepala-kepala orang dewasa disembelih dan tengkoraknya dihimpun. 


Video Lawatan ke Muzium

Bila dilihat pada gambar-gambar termasok tengkorak-tengkorak yang disimpan kedalam almari kaca serta bangunan tersebut ianya amat mengerunkan apabila diwaktu malam hari. Bagi orang-orang tempatan mereka tidak lagi merasakan apa-apa namun begitu orang-orang disitu ada juga memberitahu mereka sering diganggu diwaktu malam.

Video Tukar Wang

Petang kami ke Pasar Lama melawat disekitar pasar tersebut dan  menukar Dollar kepada Wang Reil  bagi kemudahan untuk berbelanja.

1 comment:

  1. Found your blog through Zette - Me as an amateur traveholic. Saya pernah ke Cambodia last May'2012. Satu pengalaman yg tak dapat saya lupakan.

    ReplyDelete