Saturday, September 1, 2012

Pertandingan Karaoke

Pertandingan karaoke lagu-lagu Hari Raya bersempena menyambut Hari Kebangsaan ke 55 mendapat sambutan dari orang ramai yang diadakan pada 31/08/2012 jam 9.00 malam bertempat di Pak Tam Cafe & Karaoke, Bt. 10, Jabi, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Sebahagian daripada orang ramai

Sebahagian dari peserta

Seramai 25 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan telah  mengambil bahagian didalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan hanya suka-suka sahaja bagi mengeratkan lagi silatulrahim antara sesama pelanggan yang mengunjungi karaoke tersebut.

Pakaian Lelaki Terbaik
Pakaian Wanita Terbaik

Hadiah barangan electrik ditawarkan dari tempat pertama hingga ke sepuloh manakala hadiah saguhati diberikan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan. Pertandingan ini diadili oleh 2 orang pengadil dan 2 orang pengadil bagi pakaian tercantik dan persembahan terbaik bagi ketagori lelaki dan wanita.

Persembahan Lelaki Terbaik
Gambar Pertandingan

Tempat pertama Oven bernilai RM 299.00 dimenangi oleh Cik Nur Sharifah dari Alor Malai  kedua Periuk Nasi Panasonik RM 120.00 oleh En. Sobri dari Pendang dan ketiga Dapur Masak RM 89.00 oleh En. Wan Hussin dari Pokok sena manakala tempat keempat hingga ke sepuloh masing-masing menerima periuk nasi jenama Homax bernilai RM 33.00 setiap satu.

Tempat Pertama
Tempat Kedua
Bagi kategori pakaian terbaik lelaki dimenangi oleh En. DM. Sofi manakala Pn Norishah Mansor bagi ketegori wanita, Pakaian tercantik lelaki dimenangi oleh En. Abu Bakar manakala wanita dimenangi oleh Cik Nur Sharifah masing mendapat periuk masak.

Peserta Pertama, kedua dan ketiga 

Hadiah disampaikan oleh En. Pissal bin Abu sebagai penganjur pertandingan tersebut dan majlis ini berakhir tepat pada jam 12.00 malam.

No comments:

Post a Comment