Saturday, November 23, 2013

Mesyuarat dan Kenduri Kahwin

Mesyuarat Khas ALK Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diadakan pada 20/11/2013 Hari Khamis jam 9.00 malam bertempat Dewan Cempaka, Hotel Tanjong Vista, Kuala Trengganu.


Hotel
Mesy ALK Khas

Mesyuarat tersebut membincang khas mengenai cadangan membeli Tanah Lot untuk Projek Perumahan di Kuala Kangsar, Perak dengan kadar harga 1.6 juta. Keesokan disebelah pagi diadakan mesyuarat JKK ANULAE Semenanjung Malaysia ditempat dan hotel yang sama.




Disebelah malam diadakan majlis akad nikah anak En. Azih bin Muda Presiden ANULAE semenanjung Malaysia merangkap Timbalan Presiden Cuepacs dan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di rumahnya Kg. Macang, Manir, Kuala Trenggganu. Trengganu.




Pada 22/11/2013 Jumaat dilangsungkan kenduri Perkahwinan anak perempuan beliau yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Dikampong ini masakan kenduri masih dibuat secara bergotong royong oleh orang-orang kampong.





Ramai kawan-kawan yang hadir terdiri daripada orang kampong, Pejabat, Kesatuan, Koperasi dan sebagainya. Setelah selesai majlis teresebut disebelah malam acara membakar bunga api menandakan berakhirnya majlis tersebut.

Keluarga Pengantin Perempuan

Saturday, November 9, 2013

Sepetang Bersama Dato' Presiden Cuepacs

Jawatankuasa Cuepacs Bahagian Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Program Sepetang Bersama Dato' Presiden Cuepacs pada 9/11/2013 hari Sabtu jam 3.00 petang bertempat di Bangunan Wisma Negeri, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.


Lagu Negara Ku

Program tersebut diadakan bagi tujuan mendapat penerangan sejelas-jelasnya mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri diatas 81 skim yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan melalui JPA baru-baru ini.

Presiden Cuepacs berucap
Sebahagian Pemimpin Kesatuan yang hadir

YBhg. Dato' Haji Omar bin Haji Osman, Presiden Cuepac bersama-bersama dengan Timbalan Presiden Cuepacs En Azih bin Muda serta Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai Tertinggi Cuepacs turut hadir didalam perjumpaan ini.

Sidang Media
Jamuan Petang
Minum Petang di Cafe 69
Jamuan Petang
Jamuan Tengahari di Alor Setar

Sebanyak 120 orang dalam 14 Kesatuan dibawah gabungan Cuepacs Negeri Kedah turut hadir mendengar taklimat ini dan ramai diantara mereka dapat mengajukan soalan-soalan yang mereka tidak faham kepada Presiden Cuepacs. Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang.

Brasmana Hotel
Barisan Kepimpinan Cuepacs
Presiden Cuepacs berucap

Disebelah pagi YBhg. Dato' Haji Omar bin Haji Osman, Presiden Cuepacs bersama Timbalannya En. Azih bin Muda serta Pegawai-pegawai Tertinggi Cuepacs berada di Hotel Brasmana Kuala Perlis diatas Jemputan Presiden Kesatuan Jabatan Perpaduan Semenanjung Malaysia (JPNIN) untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan tersebut.

Cederamata Presiden Cuepacs
Cederamata Timbalan Presiden Cuepacs
Peserta yang hadir
Sidang Media dan Jamuan

Sunday, November 3, 2013

Pengerusan AirAsia Tak Bertimbang Rasa

AirAsia telah beberapa kali memenangi torfi dan anugerahkan Penerbangan Tambang Murah di Dunia, Tahniah dengan adanya AirAsia semua peringkat manusia sama ada kaya atau miskin boleh terbang sesuai dengan sloganya " Everyone Can Fly".

Air Asia KL
Lcct Kuala Lumpur
Kaunter Jualan Tiket

Bagi penguna tegar ianya dianggap sebagai hadiah kepada mereka memandangkan jika memandu kereta dari Alor Setar ke Kuala Lumpur memakan masa selama 6 jam dengan kapal terbang hanya 50 minit sampai di Lcct KL tiada kena saman dan tak meletihkan berbanding memandu sendiri contohnya termasok minyak, tol dan saman AES mungkin lebih kurang RM 500 satu perjalanan ini tidak termasok balik.

Penang Airport
Penang Airport
Orang Ramai diPintu Masok

Sebagai penguna tegar saya ingin melahirkan perasaan kecewa, saya pernah 5 kali tertinggal kapal terbang samaada distinasi domestik atau antrabangsa. Kelewaatan bukan disengajakan sala satu saya sudah checkin menaiki kapal terbang dari KL ke Alor Setar terlewat bording hanya 5 minit kerana solat maghrib didalam surau terminal tersebut, apabila saya ke pintu perlepasan pegawai-pegawai yang bertugas mengatakan masa bording pak cik dah tamat, saya merayu kepada mereka berkali-kali dengan memberi mengatakan kapal terbang masih belum terbang lagi, namum begitu rayuan tidak di hiraukan mereka hanya mengatakan minta maaf pak cik.

Kualanamu Airport, Medan
Tempat Menunggu Pesawat

Begitu juga penerbangan ke luar negara iaitu ke Solo, Indonesia 3 hari 2 malam juga terlewat sampai di pintu perlepasan kerana kerenah pengawal keselamatan macam tu macam ni dengan keadaan orang ramai tiket juga sudah disahkan dekat kaunter tapi kerana kelewatan 10 minit sampai di pintu pelepasan, pintu tersebut telah ditutup kata mereka maaf pak cik kapal terbang sudah berlepas.

Solo Airport, Indonesia

Dengan nada yang lembut kalau pak cik nak teruskan kesana beli tiket lain pada esok hari, mau tak mau oleh kerana ingin juga nak berkunjung ke Solo terpaksa beli tiket baru untuk penerbangan esok hari dengan kadar harga sekali ganda RM 285.00 untuk perjalanan sehala.

Ameera Hotel, Solo, Indonesia
Pasaraya Terbesar di Solo

Terkini pada 1-3/11/2013 penerbangan saya dari Penang ke Medan bertolak jam 8.40 saya lapor diri dekat kaunter pengesah dokumen perjalanan jam 8.00 tepat bersama beberapa penguna yang lain juga tak diterima dengan alasan maaf cik boarding sudah ditutup, saya merayu alasan terkandas didalam lalulintas, mereka tak terima dan mereka minta saya membayar penalti tiket baru kalau ingin meneruskan perjalan saya ke Medan dengan sekali ganda pembelian tiket awal pergi balik hanya RM 158.00 dengan tiket baru RM 152.00 sehala sahaja.

Kualanamu Stesyen Keretapi Laju Medan
Menaiki Keretapi Laju Ke Kota Medan
International Danau Toba Hotel
Makan Pagi di Hotel

Saya minta jasa baik pihak pengerusan AirAsia dapat pertimbangkan perkara-perkara ini jika pihak penguna terlewat dihukum tetapi pihak pengerusan AirAsia terlewat dalam mana-mana penerbangan mereka hanya pandai mohon maaf kepada penguna dan sedikit pun tidak merasa kesal seperti apa yang penguna rasakan.

Ibunda Hotel dan Rumah Makan Famili
Makan Tengahari di Rumah Makan Famili

Thursday, October 31, 2013

Majlis Graduasi Kanak-Kanak

Kemas DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2013 pada 31/10/2013 hari Khamis jam 2.30 petang bertempat di Bangunan Ukir Mall Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Sebahagian dari orang ramai

Sebanyak 15 Tabika Kemas dalam DUN Kubang Rotan seramai 200 orang kanak-kanak terlibat didalam program yang disambut setiap tahun. YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah sudi merasmikanya.


Lagu Negara Ku

Ketibaan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin disambut oleh En. Harisfazilah bin Hussain Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kuala Kedah serta Penyelia dari lain-lain kawasan didalam Parlimen Kuala Kedah.

Ucapan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan b Kamaruddin
Penyampaian Sijil

Selepas ucapan perasmian diteruskan dengan acara Penyampaian Sijil Kanak-kanak Cemerlang dan Tunas Harapan kepada Kanak-kanak Tabika yang telah dicalonkan oleh Guru-guru Tabika masing-masing.


Penyampaian Sijil

Persembahan yang menarik iaitu Hafasan Surah Yassin oleh kanak-kanak Tabika serta diiringi lain-lain persembahan Becerita, Tarian, Teater dan Koir memikat Ibu Bapa yang hadir.

Hafasan Surah Yaasin
Peersembahan Koir
Tetamu VIP
Bergambar Beramai-ramai
Pengerusi Tabika Toangkang Yard