Thursday, October 31, 2013

Majlis Graduasi Kanak-Kanak

Kemas DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2013 pada 31/10/2013 hari Khamis jam 2.30 petang bertempat di Bangunan Ukir Mall Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Sebahagian dari orang ramai

Sebanyak 15 Tabika Kemas dalam DUN Kubang Rotan seramai 200 orang kanak-kanak terlibat didalam program yang disambut setiap tahun. YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah sudi merasmikanya.


Lagu Negara Ku

Ketibaan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin disambut oleh En. Harisfazilah bin Hussain Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kuala Kedah serta Penyelia dari lain-lain kawasan didalam Parlimen Kuala Kedah.

Ucapan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan b Kamaruddin
Penyampaian Sijil

Selepas ucapan perasmian diteruskan dengan acara Penyampaian Sijil Kanak-kanak Cemerlang dan Tunas Harapan kepada Kanak-kanak Tabika yang telah dicalonkan oleh Guru-guru Tabika masing-masing.


Penyampaian Sijil

Persembahan yang menarik iaitu Hafasan Surah Yassin oleh kanak-kanak Tabika serta diiringi lain-lain persembahan Becerita, Tarian, Teater dan Koir memikat Ibu Bapa yang hadir.

Hafasan Surah Yaasin
Peersembahan Koir
Tetamu VIP
Bergambar Beramai-ramai
Pengerusi Tabika Toangkang Yard

No comments:

Post a Comment