Saturday, November 9, 2013

Sepetang Bersama Dato' Presiden Cuepacs

Jawatankuasa Cuepacs Bahagian Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Program Sepetang Bersama Dato' Presiden Cuepacs pada 9/11/2013 hari Sabtu jam 3.00 petang bertempat di Bangunan Wisma Negeri, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.


Lagu Negara Ku

Program tersebut diadakan bagi tujuan mendapat penerangan sejelas-jelasnya mengenai pengumuman YAB Perdana Menteri diatas 81 skim yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan melalui JPA baru-baru ini.

Presiden Cuepacs berucap
Sebahagian Pemimpin Kesatuan yang hadir

YBhg. Dato' Haji Omar bin Haji Osman, Presiden Cuepac bersama-bersama dengan Timbalan Presiden Cuepacs En Azih bin Muda serta Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai Tertinggi Cuepacs turut hadir didalam perjumpaan ini.

Sidang Media
Jamuan Petang
Minum Petang di Cafe 69
Jamuan Petang
Jamuan Tengahari di Alor Setar

Sebanyak 120 orang dalam 14 Kesatuan dibawah gabungan Cuepacs Negeri Kedah turut hadir mendengar taklimat ini dan ramai diantara mereka dapat mengajukan soalan-soalan yang mereka tidak faham kepada Presiden Cuepacs. Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang.

Brasmana Hotel
Barisan Kepimpinan Cuepacs
Presiden Cuepacs berucap

Disebelah pagi YBhg. Dato' Haji Omar bin Haji Osman, Presiden Cuepacs bersama Timbalannya En. Azih bin Muda serta Pegawai-pegawai Tertinggi Cuepacs berada di Hotel Brasmana Kuala Perlis diatas Jemputan Presiden Kesatuan Jabatan Perpaduan Semenanjung Malaysia (JPNIN) untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan tersebut.

Cederamata Presiden Cuepacs
Cederamata Timbalan Presiden Cuepacs
Peserta yang hadir
Sidang Media dan Jamuan

No comments:

Post a Comment