Sunday, September 26, 2010

Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd

Koperasi KOSPETA (Koperasi Serbaguna Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan malaysia Berhad) telah ditubuhkan pada 26-05-1983 bertempa diHotel Travel Lounge, Butterworth, Seberang Perai.  Pada mulanya Koperasi KOSPETA telah menumpang pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia di Sulaiman Court, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sekarang Koperasi KOSPETA mempunyai bangunan sendiri 2 unit berkembar setinggi 3 tingkat sebagai Pejabat urusan Koperasi beralamat 10 & 12, Jalan 6/3A KM 12, Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, 68100 Kual;a Lumpur.   

Pada awal penubuhanya, koperasi hanya mempunyai seramai 100 orang anggota seorang warga kerja. Sekarang keanggotaan telah meningkat kepada 13,000 orang dengan seramai 24 orang kakitangan dan mempunya 1 pejabat Cawangan Utara diAlor Setar dengan seorang warga kerja.

Modal syer terkumpul Koperasi KOSPETA sehingga hari ini 09/2010 kepada 58 juta.  Koperasi KOSPETA telah menawarkan sebanyak 20 jenis pinjaman termasok Pinjaman Berjamin sekarang telah meningkat kepada RM 70,000 dengan 4 orang penjamin.

Untuk mendapat maklumat seterusnya E-mail: kospeta@tm.net.my / info@kospeta.org


                  Kelihatam dalam gambar 3 orang Ahli Lembaga Koperasi
                     sedang menemuduga kakitangan utk kenaikan pangkat.

                     Semua warga kerja environment Idaman
                dipelawa menjadi anggota Koperasi KOSPETA

                             (Borang menjadi ahli boleh ambil dari En. Pissal bin Abu, ALK)

1 comment:

  1. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete