Tuesday, September 28, 2010

Masaalah Sepanjang Program Kitar Semula diWisma

Setiap hari Ahad tarikh mulanya 25-07-2010 Kitar Semula diWisma Darull Aman, sepanjang tempoh tersebut sehingga 26-09-2010 banyak masaalah diantaranya Lori 3R kejap ada kejap tak ada bila hantar pickup masaalahnya 1 trip jadi 2 trip timbang lari sehingga terpaksa menganti duit poket sendiri perkara ini berlaku berterusan sehingga pihak KPKT pun tahu tapi nak buat cam na.

Dari segi timbang kita mengunakan Kilo apabila dibawa ke kedai syarikat menimbang bersekali dengan Lori kemudian selepas dibuang timbang lori kosong pulak disitu la yang dikatakan timbang lari contohnya kita timbang diWisma pada 22-08-2010 sebanyak 976 kilo timbang disyarikat 900 kilo dah lari sebanyak 76 kilo maka baki 76 kilo sebanyak RM 27.36 terpaksa diganti dengan duit poket sendiri dan ianya berterusan perlu dihadapi selagi tidak mendapat kerjasama dari bahagian operation.

Ini merupakan sebahagian dari masaalah dan seterusnya untuk mendapat tenaga kerja amat sukar perlu berkali-kali mengingatkan bahagian operation mohon tenaga kerja dan lori. kebiasaanya pekerja skuad seramai 4 orang menjadi tulang belakang pada program ini tapi sekarang boleh dikatakan skuad ini telah dimansuhkan kadang-kadang tenaga kerja dihantar 2 orang sahaja bersama pemandu, cuba bayangkan dengan tenaga kerja yang ada nak kena naik keatas pejabat untuk menurunkan barang-barang kitar semula yang banyak, huhhhh letih.

Apa pun demi kerana menjalankan tugas tidak kira seberat mana sekali pun tangungjawab harus dipikul dengan hati yang ikhlas.

Lori Kecil
Lori Besar

No comments:

Post a Comment