Monday, September 27, 2010

NGAPA Hari ini aku Terlalu Gembira

Walau pun hari ini terlalu sibuk menyiapkan pameran dari awal pagi tetapi keletihan tidak terasa dihati tetap saja terasa seronoknya NGAPA ya? Hari ini terasa lain dari yang lain tak makan tengahari pun tapi terasa kenyang, hai teramat heran.

Jam 1.50 tengahari sms dari menantu dan diikuti anak perempuan masuk ke handfon, dihati berkata dimana pula mereka nak ajak keluar makan malam ini, dengan penuh tekaan dihati rupanya meleset sms discreen mengucapkan TAHNIAH ABAH, CUCU YANG KETUJUH, baru dilahirkan jam 1.40 diHospital Pantai, Sungai Petani.

Waw sehingga tak terkata bertapa senyumnya saya ketika itu tak sabar2 nak pergi melawat, apakan daya tangung jawab harus diteruskan sehinga ke jam 6.00 petang baru selesai. Sekembali dirumah semuanya nampak gembira (ketika ini saya berpura-pura buat tak tahu) isteri sediakan air minuman kegemaran saya Teh O, Anak sulong bonda kata abah jom p Sungai Petani, saya tanya ada apa nak p sungai petani tak boleh abah letih. Lalu dia berkata la abah tak tahu ka kak mei dah bersalin dapat adik perempuan lagi, Saya buat terkejut ia ka abah tak tahu pun (kami semua ketawa).

Selepas sembahyang maghrib kami sekeluarga terus pergi, apabila sampai disana didapati semua anak2 saya berkumpul dan berada disisi kakak mereka. Lepas tu anak sulong bawa cucu baru pada saya terus saya kramat, huh comel betul cucu tok abah ni dihadapan cucu2 yang lain. jawab salah seorang cucu katanya tok abah lina pun comel jugakan, semua ketawa. Alhamdulilah bersyukur allah telah  permudahkan semuanya.  Amin ya rabil aalamin.

No comments:

Post a Comment