Tuesday, February 21, 2012

Hari Pertama Di Pekan Baru

Hari pertama pada petang itu kami tidak kemana-mana asyik menerima kunjungan dari sanak saudara Hj. Faizi, kami berbual dan selepas makan malam sebelum kami dibawa pusing-pusing di Bandar Pekan Baru malam tersebut bagi melihat suasana malam kami dibawa kerumah Kakak pertama dan kedua yang tidak jauh dari situ.




Kereta penuh sesak walaupun jam menunjuk jam 9.00 malam (WI) jam 10.00 malam (WM), Kami dibawa melihat Pejabat Gabenur, Wali Kota, Hospital, Bangunan-bangunan Komersial serta Pejabat Konsalat Malaysia.

Rumah Kakak ke 2
Rumah Kaka ke 3 (Berjiran)
Hotel yang bertaraf 5 bintang juga ada disana, Keindahan malam di Bandar tersebut amat menarik dengan sumbangan dari peniaga-peniaga disekitar Bandar tersebut selain lampu-lampu yang dipasang oleh pihak pemerintah.  


Suasana Malam
Lebih kurang jam 12.00 malam (WI) jam 1.00 malam (WM) kami baru sampai balik dirumah dan terus tidor.

No comments:

Post a Comment