Saturday, February 25, 2012

Suasana Malam di Medan

Medan adalah salah satu negeri yang terbesar di Indonesia selain dari Jakarta penduduknya amat padat tidak hairanlah jika lalulintasnya terutama pada pelbagai jenis kenderaan termasok kereta, lori, motor dan lain-lain lagi, ianya penuh sesak diatas jalan-jalan raya sama ada diwaktu siang maupun diwaktu malam.


Dari Airport saya nak ke Hotel Ibunda dengan mengunakan teksi airport yang telah bersedia dari awal menunggu untuk menghantar pelanggan-pelanggannya kemana jua arah tujuan, semua teksi yang ada disitu dikawal dan harganya telah ditetapkan oleh persatuan teksi kesemua distinasi untuk ke dalam Bandar dengan kadar harga yang seragam sebanyak RP 50.000 (RM 17.00) satu perjalanan.

Hotel Ibuda
Gambar Medan

Pada malam 24/02/2012 saya keluar berjalan-jalan untuk melihat keindahan di Bandar Medan nyata sudah seperti mana sibuknya disebelah siang begitu juga disebelah malam dan suasana malam dengan diiringi lampu-lampu disekitarnya membuat ianya berseri.


Shoping

Aktiviti disebelah malam selain dari bershoping banyak juga medan selera serta kedai-kedai makan yang sentiasa mengamik para pelangganya berkunjung ke kedainya. Cara menikmati suasana dimalam hari saya berjalan dari Hotel Ibunda menuju kearah simpang dengan berjalan kaki walaupun banyakya beca mengekori saya untuk naik beca mereka.

Medan Selera
Suasana Malam

1 comment:

  1. penulisan yang menarik , buat semua yang ingin melancong ke Medan, Indonesia, mahupun ke serata dunina saya ada buat pakej yang conpom best , whatsapp saya : INSYIRAH 0175367426 atau emel : angahirah@yahoo.com, terima kasih

    ReplyDelete