Saturday, February 4, 2012

Sambutan Maulidurasul 1433

Masjid Al Hussain Seberang Pumpong turut mengadakan Majlis Sambutan Maulidurasul bagi Tahun 1433 dengan kerjasama RTM Kedah pada 04 Februari 2012 hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga ke 12.00 malam bertempat di Kawasan Dalam dan Luar Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.




Program dimulakan dengan Perarakan Maulidurasul serta Berselawat bermula dari Pusat Pengajian Al Quran Darul Mawaddah/TAT Nasi Ayam melalui Taman Utama ke Masjid Al-Hussain yang dianggotai seramai 200 orang kanak-kanak dan Dewasa dari TADIKA PASTI, Darul Mawaddah serta Rukun Tetangga Taman Utama.






Pengisian program pada hari tersebut selain dari Perarakan termasok Majlis Gotong Royong, Pidato/Becerita dan Kuiz oleh kanak-kanak Tadika & Pasti dan Majlis Penyerahan Cek sebanyak RM 100,000 Ribu kepada Tuan Iman Masjid Al- Hussian, Pumpong, Kedah oleh Kerajaan Persekutuan.




Selepas Solat Zohor disambung dengan Ceramah Maulidurasul 1433 Hijrah oleh Y.Bhg. Ustaz Faizal bin Cihk, disebelah malam selepas Solat Isya diteruskan dengan Majlis Berzanji dan Marhaban oleh Qariah Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.



J/Kuasa RT Taman Utama

No comments:

Post a Comment