Monday, June 18, 2012

Mesyuarat 3P

Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) kali ke 5 bagi tempoh 2011/2012 telah diadakan pada 18 Jun 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Zainal Abidin, Tingkat 3 Pejabat Urusan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang terakhir dalam tempoh 2011/2012 bagi membincang penyediaan perkara perkara yang khusus untuk Persidangan Perwakilan kali ke 30 yang akan diadakan pada 30 Jun 2012 bertempat di Tingkat 7 Dewan Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah. 

Mesyuarat diPengerusikan oleh Sdr. Pissal Abu

Sdr. Pissal Abu sebagai Pengerusi 3P telah mempengerusikan mesyuarat ini dengan dihadiri oleh semua Jawatankuasa 3P. Ucapan tahniah juga diberikan kepada 4 ALK yang telah tamat tempoh dan dilantik semula atas kelulusan yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dengan pengesahan yang diberikan ini erti kata semua ALK menang tanpa bertanding.

Jawatankuasa yang hadir

Sempena Persidangan kali ini mesyuarat juga memutuskan Pekej Istimewa Lawatan ke Medan selama 4 hari 3 malam dengan harga promosi RM 1,000 untuk anggota koperasi termasok ahli keluarga dengan kelulusan sebanyak RM 2,000 seorang tanpa penjamin. Tarikh lawatan telah ditetapkan pada 1-4 November 2012 tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012. Pakej termasok Tiket Penerbangan, Airport Tax, Makan dan Minum, Bas dan Hotel bertaraf 5 bintang.

No comments:

Post a Comment