Saturday, June 16, 2012

Tanjong Balai Karimun

Sebaik sahaja selesai mesyuarat selepas saya berehat pada malam 14/06/2012 jam 12.00 malam saya bersama kawan kawan berangkat ke Kukup, Pontian Johor menuju ke Tanjong Balai Karimun, Indonesia untuk selama 3 hari 2 malam.

Sampainya kami di perhentian Kukup selepas solat subuh kami terus ke kedai kopi untuk sarapan pagi menunggu jam 7 pagi kaunter tiket dibuka untuk feri pertama. Harga tiket feri RM 90.00 pergi balik dan perjalanan feri pertama dari Kukup jam 8.00 pagi dan sampai di Pelabuhan Tanjong Balai jam 9.00 pagi waktu Malaysia 8.00 pagi waktu Indonesia. Tukaran wang Rupiah 1 juta bersamaan RM 337.00 pada 15/06/2012.

Hotel Paragon
Reception

Sesudah cop pasport diluar terminal feri sedia menanti kawan-kawan disana dan mengambil kami terus dibawa ke Hotel Paragon, kami menginap disana selama 3 hari 2 malam sebaik sahaja selesai checkin di hotel tersebut kami dibawa makan pagi di Restoran Gulai Asam Pedas, Specialnya restoran ini ikan ikan yang disediakan baru baru belaka dan ikut tempahan pelanggan ikan apa yang dikehendaki.

Pelbagai Ikan
Asam Pedas

Memang enak siapa belum cuba pendek kata jika ke Tanjong Balai tak makan gulai asam pedas namanya tak lengkap pergi kesitu kerana ianya lain dari yang lain, Masakanya mengikut selera kita kemudian baru dimasaknya. Macam macam ada selain dari pelbagai jenis ikan termasok sotong, telor sotong, telor ikan dan udang.

Pasar
Kedai Kain

Tanjong Balai Karimun adalah syurga tempat membeli belah bagi orang orang malaysia harga harganya jauh lebih murah tapi kita pandai pandailah menawar semasa kita membeli belah jika kita malu nak menawar mahalah pula harganya.

Minyak Wangi
Sebahagian Tempat Membeli Belah

Selama 3 hari disana kami betul betul rehat lepaskan tension bila hari jumaat dapat solat berjemaah dengan orang-orang kampong disana masjid ini terletak disebelah Hotel kami menginap dan jumaat malam kami dapat bersama-sama serta berpeluang mengikut ceramah Israk Mikraj yang dianjur oleh Jawatankuasa Kariah Masjid tersebut.


Pasar Malam

Makan malam cukup seronok kerana tempat makan malam adalah pasar malam setiap malam, pasar malam tersebut tidak jauh dengan hotel kami maka ramailah penduduk penduduk disitu keluar makan malam bersama keluarga setelah mereka penat bekerja disiang hari.

Makan Malam
Sarapan Pagi di Hotel

Disini juga sebagai tempat pertemuan orang-orang malaysia yang datang kesitu ada dari Trengganu, Kelantan, Selangor, Kedah dan Perlis pendek kata disitulah kita akan dapat berkenalan dengan orang-orang malaysia.

Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment