Sunday, July 22, 2012

Pembayaran Diveden 3 Tempat

Pembayaran diveden hari ini 22-07-2012 serentak 3 tempat, Tempat pertama Indah Water Konsortium (IWK) Pagi-pagi lagi selepas punchcard mereka menunggu ketibaan saya, tepat jam 8.15 pagi saya sampai ke Pejabat IWK Bahagian Operasi yang Baru di Jalan Tanjong Bendahara, Alor Setar Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Penyerahan Cek Diveden

En Yeop Kamal bin Mohd. Yussof Pengerusi Koperasi Kawasan tersebut memulakan ucapan ringkasnya dan kemudian menjemput saya untuk memberi taklimat menganai Isu-isu semasa Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Sebaik sahaja selepas memberi taklimat diteruskan dengan Majlis Penyerahan Cek Diveden daripada En. Pissal Abu ALK kepada En. Yeop Kamal bin Mohd. Yussof, Pengerusi Koperasi Kawasan Indah Water Konsortium Kawasan Utara.

Penyerahan Cek diveden kepada Ahli
Sebahagian Ahli yang mendapat diveden

Tempat kedua jam 3.00 petang pembeyaran diveden di buat di Majlis Daerah Kubang Pasu, Sedia menunggu disana Tuan Hj. Ahmad bin Abd. Rahman Pengerusi Koperasi KOSPETA Kawasan Majlis Daerah Kubang Pasu bersama dengan Setiausahanya. 

Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu
En. Pissal Abu sedang menyerahkan cek diveden
kepada Pengerusi Kawasan MDKP

Tepat jam 3.15 petang saya menyerahkan Cek Diveden kepada Tuan Hj. Ahmad bin Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Setiausahanya. 

Penyerahan cek diveden kepada Ahli
Pengerusi bersama Ahli-ahli menerima cek diveden

Jam 4.00 petang saya menyerahkan Cek Diveden untuk Pekerja-pekerja environment Idaman Sdn Bhd kepada En. Jasni bin Abu Bakar Pengerusi Kawasan Idaman Kubang Pasu, di Pejabat Operasi di Tanah Merah, Kubang Pasu, Kedah.

En. Pissal abu sedang menyerah cek diveden
kepada En. Jasni bin Abu Bakar 
Penyerahan diveden kepada Ahli

Diveden dibayar pada jam 4.15 petang sebaik sahaja semua pekerja-pekerja selesai punchcard bertempat di Pejabat Operasi di Tanah Merah, Kubang Pasu, Jitra.

Sebahagian pekerja yang mengambil diveden

No comments:

Post a Comment