Monday, July 16, 2012

Perbincangan KRIM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan Bahagian Delivery Management Office menjemput Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOOP ANULAE) pada hari ini 16/07/2012 bagi membincang mengenai Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM) bertempat di Aras 5, Block Podium 1, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putra jaya, Kuala Lumpur.

Bangunan KPDNKK

Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad (KOOP ANULAE) terdiri daripada En. Azih bin Muda, Pengerusi, Tuan hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha, En. Pissal bin Abu Penolong Setiausaha, En. Adnan bin Mat, ALK, En. Phatumalai JAD dan Puan Fahizah bte Yakof Penolong Pengurus disambut oleh En. Mohd. Fariszan bin Ahmad Ketua DMO.

En. Mohd. Fariszan Ahmad dan En. Azih Muda

Perbincangan diantara Pegawai Kementerian yang diwakili oleh En. Mohd. Fariszan bin Ahmad bersama Pegawai-pegawainya dengan Pegawai-pegawai Kanan Koperasi berjalan tepat pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 5, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan, Putrajaya, Kuala Lumpur.

Sedang Berbincang

Setelah selesai penerangan kedua pihak akhirnya pihak Kementerian bersetuju memperuntukan sebanyak 6 buah kedai KRIM untuk di urus oleh Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad 2 di Negeri Kedah Alor Setar dan Sungai Petani, 2 untuk Trengganu tempat akan dimaklumkan kemudian 1 di Perak iaitu di Kuala kangsar dan 1 lagi di Negeri Selangor.

Sebelum Berbincang

Sekembalinya kami ke Pejabat Koperasi KOSPETA Sdr. Pengerusi mengarahkan Setiausaha untuk menjemput semua Ahli Lembaga Pengarah (ALK) ke mesyuarat ALK Khas pada 19/07/2012 bagi membincang ajenda Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM).

Kedai KRIM diBangunan KPDNKK
Penolong Pengurus Koperasi KOSPETA

No comments:

Post a Comment