Saturday, June 15, 2013

Audio Show

Dalam perjalanan saya nak  ke Ixora Hotel, Jalan Baru Bandar Prai Jaya, Perai melalui Lingkaran Luar Butterworth saya singgah di medan selera tersebut dan didapati orang begitu ramai anggapan saya malam ini malam minggu tentu la ramai.


Apabila saya masuk ke kawasan parking tersebut ternampak cahaya lampu dan kedengaran pelbagai rentak muzik kemudian saya mendekati rupa-rupanya Persatuan Audiocrew mengadakan Audio Show disitu, sebanyak lebih kurang 15 buah kereta pelbagai jenis mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut.




Salah seorang dari peserta tersebut yang mengenali saya setelah berbual bernama En. Saiful bin Yusop dari Alor Setar, Kedah memaklumkan mereka hari ini menyertai pertandingan Audio Show di Jusco anjuran Kementerian Belia dan beliau turut memenangi hadiah dalam ketegori hiasan lampu.


Saya juga bertanya berapakah perbelanjaan keselurohan menghiasi kereta dengan alat-alat audio pada kereta beliau, katanya beliau telah menghabiskan wang sebanyak RM 20,000 kerana minat beliau dalam program ini dan mereka kerap mengadakan pertunjukan di Penang terutama di Lingkaran Luar Butterworth setiap malam minggu.


No comments:

Post a Comment