Sunday, June 30, 2013

Pertandingan Dangdut

Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Dangdut anjuran APK Hijrah Enterprise telah berjaya dan mendapat sambutan dari orang ramai yang diadakan pada 30 Jun 2013 jam 9.00 malam di Mi Karaoke & Restoran, Padang Garam, Tepi Laut, Kuala Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi ucapan

Seramai 40 orang peserta menyertai pertandingan ini, Lagu-lagu yang di syaratkan berentak irama dangdut dan kesemua 40 orang masing-masing telah berjaya mendendangkan irama tersebut. Hadiah-hadiah yang ditawarkan merupakan barangan electrik dari tempat pertama hingga kesepuloh, sementara itu semua peserta yang mengambil bahagian diberi hadiah penyertaan.

Hadiah Pertandingan
Pengadil
Sebahagian dari Pengunjung dalam restoran
Sebahagin Pengunjung dari luar restoran

Hadiah sampingan yang paling menarik untuk tempat pertama hingga ke tiga iaitu tiket penerbangan dari Penang ke Medan serta Penginapan 2 malam disana. Sah laku voucer itu diberi tempoh selama 3 bulan dari tarikh malam pertandingan.

Sumbangan untuk Tuan Restoran En. Azmi
Pengadil Pertandingan
Pengadil Pakaian dan Persembahan

Pengurus APK Hijrah Enterprise En. Pissal bin Abu selaku penganjur telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang dan sumbangan wang tunai sebanyak RM 400.00 hasil dari pendapatan penyertaan RM 10.00 setiap seorang diberi kepada tuan punya restoran pada malam tersebut.

Juara Pn. Norazian
Naib Juara Pn. Saritha
Ketiga En. Man Putra
Peserta dari tempat Pertama hingga ke Lima
Peserta dari tempat ke Enam hingga ke Sepuloh

Juara Pertandingan Lagu-lagu Dangdut Puan Norazian bte Hamid peserta ke 28 mendapat Periok Nasi saiz 5 kilo serta Tiket Penerbangan, tempat ke dua peserta ke 26 oleh Pn.Saritha bte Shaidan mendapat Oven dan Tiket Penerbangan manakala En Man Putra peserta ke 32 mendapat Blender serta Tiket Penerbangan.

Penari kumpulan terbaik lelaki
Penari kumpulan terbaik perempuan

Bagi ketegori Pakaian terbaik Lelaki jatuh kepada En. Man Putra, manakala Perempuan Pn Abby, Ketegori Persembahan terbaik Lelaki jatuh kepada En. Shukur manakala Perempuan Pn. Saritha. Hadiah Penari Kumpulan terbaik Lelaki jatuh kepada Shon n Geng manakala Perempuan Norazian n Geng, Penari Persaorangan Lelaki terbaik En. Dan manakala Perempuan jatuh kepada Pn. Zuraini

Peserta
Peserta
Peserta
Peserta
Peserta

Pihak Penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada orang ramai serta peserta yang tidak dapat kerusi menyaksikan pertandingan tersebut walaupun diperingkat awal kerusi disediakan untuk peserta namun orang terlalu ramai tidak dapat dikawal.

No comments:

Post a Comment