Sunday, June 16, 2013

Mesyuarat Agung Bank Persatuan

Mesyuarat Perwakilan Bank Persatuan peringkat Kebangsaan telah diadakan dengan jayanya pada 16/06/2013 di Ixora Hotel, Jalan Baru Bandar Prai Jaya Seberang Perai, Pulau Pinang.

Barisan Jawatankuasa

Perwakilan seramai 700 orang dalam 2 ketegori wakil koperasi dan persaorangan dari seluroh nagara hadir di mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nik Mat Ali bin Mat. Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

YBhg Datuk Nik Ali bin Mat. Yunus
YBhg. Dato' Jamal bin Abdullah
Penyampaian Cederahati

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga turut hadir yang di wakili oleh En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha. Semua peserta buat kali pertama dibekalkan beg troli, baju dan beg mesyuarat kepada semua perwakilan yang terpilih.

Sebahagian dari Perwakilan

Mesyuarat berjalan dengan lancar walau pun dipermulaan mesyuarat berlaku pertikaian dan amaran demi amaran dari perwakilan di tujukan kepada pihak urusetia, kesemuanya dapat di atasi dengan baik oleh pengerusi mesyuarat YBhg, Datuk Jamal selaku Pengerusi Bank Persatuan.

Bergambar bersama Dato' Jamal

Seramai 23 orang telah disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia boleh bertanding bagi merebut 6 jawatan dalam pemilihan Ahli-ahli Lembaga yang dipilih oleh perwakilan. Walau apa pun TAHNIAH harus diberikan kepada YBhg. Dato' Jamal bin Abdullah yang mendapat sebanyak 449 undi, undi yang tertinggi setakat ini sejak diadakan mesyuarat Bank Persatuan.

Keputusan Pemilihan

No comments:

Post a Comment