Monday, June 24, 2013

Tg. Balai Karimun

Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Persidangan Tahunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad saya bersama lebih kurang 10 orang mengambil peluang pergi ke Kukup Pontian menaiki Feri ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia pada 23/06/2013.

Jeti Kukup, Pontian

Perjalan dari Muar ke Kukup Pontian memakan masa selama 2 jam dan feri terakhir jam 5 petang dari Jeti Kukup ke Tg. Balai Karimun, kami sampai di Jeti Tg. Balai lebih kurang jam 6.10 petang waktu Malaysia disambut oleh Kakitangan Hotel Paragon.

Jeti Tg. Balai Karimun

Selesai checkin kami masuk ke bilik mandi dan solat selepas itu disebelah malam kami berkumpul di lobby untuk pergi ke Pasar Malam untuk makan malam. DiPasar malam ini menjual pelbagai jenis makanan serta jualan lain-lain barang.

Checkin

Pada 25/06/2013 jam 11.00 pagi kami bertolak balik dari Tg. Balai Karimun dan sampai di Jeti Kukup Pontian, Johor jam 12.10 tengahari, sebelum kami pulang kami terlebih dahulu makan tengahari di kedai Asam Pedas disalah satu restoran yang ada disitu.

Pasar Malam
Rumah Makan Padang Jaya

No comments:

Post a Comment