Thursday, August 1, 2013

Pembayaran Diveden & Taklimat

Taklimat dan Pembayaran Diveden 2012 bagi IWK Alor Setar telah diadakan pada hari ini 01/08/2013 hari Khamis jam 12.00 tengahari hingga 1.30 petang bertempat di Dewan Mesyuarat Pejabat Koperasi KOSPETA Cawangan Alor Setar. Kedah.

Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

En. Pissal Abu Pengerusi Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah memberi Taklimat kepada Pekerja-pekerja IWK Alor Setar seramai 30 orang mengenai Isu-isu semasa seperti yang di pohon oleh pihak Kawasan khususnya dalam Pembahagian Diveden, Sijil Syer dan Kad Diskaun.

Taklimat Dan Isu Semasa
En. Pissal Abu sedang memberi taklimat

Sebaik sahaja selesai diadakan sessi taklimat diteruskan dengan Penyerahan Cek Diveden oleh En. Pissal Abu kepada En. Yeop Kamal Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan IWK Alor Setar.

Penyerahan Cek Diveden
Tandatangan pemgembilan diveden
Bayaran Diveden kepada Anggota IWK

Disebelah pagi jam 10.00 sebelum program taklimat dimulakan, En. Pissal Abu, Ahli Lembaga Koperasi merangkap Penolong Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menyerahkan Cek Diveden kepada Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Majlis Perbandaran Kangar diBilik Pejabatnya.

Setiausaha Koperasi Kawasan M.P.Kangar

No comments:

Post a Comment