Friday, August 23, 2013

Bengkel Hala Tuju Koperasi

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan dan Hal Ehwal Wanita Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah berjaya mengadakan Bengkel Hala Tuju 2013 pada 20-23/08/2013 selama 4 hari 3 malam di Hotel Grand Contental, Kuah Langkawi, Kedah.

Ceo KOSMA
Dato Hj. Md. Reejab sedang memberi Ceramah
Sebahagian dari ALK

Bengkel selama 4 hari dihadiri oleh seramai 10 orang Ahli Lembaga Koperasi dan Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Sebanyak 2 kertas kerja dari 2 orang penceramah dihari pertama dan hari ketiga dibentangkan terdiri daripada CEO Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah. 

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Membincang Pelan Strategik
En.Pissal Abu Pengerusi 3P

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Azih bin Muda telah mempengerusikan Program Pelan Startegik berbentuk perbincangan Bengkel. Sebelum itu dihari pertama sebelah pagi diadakan Mesyuarat Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan dan Hal Ehwal Wanita bagi membincang perkara-perkara yang telah berjaya dan tidak berjaya didalam Pelan Strategik.

En. Pissal Abu mempengerusikan mesyuarat
Sebahagian ALK yang hadir

No comments:

Post a Comment