Friday, August 2, 2013

Sumbangan Anak Yatim

Majlis berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Alor Setar anjuran Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Cawangan Alor Setar telah diadakan pada 2/8/2013 hari Jumaat jam 6.00 petang bertempat di No. 263, Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.


Dihadapan Rumah No. 263, Taman Utama

Program bermula dengan Penyampaian Duit Raya kepada setiap Anak-anak Yatim seramai 15 orang kemudian diteruskan dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Doa sebelum bermulanya majlis berbuka puasa. 

Salah seorang Anak Yatim
Bergambar beramai-ramai

En. Pissal bin Abu selaku Ahli Lembaga Koperasi merangkap Penolong Setiausaha telah menyampaikan bantuan duit raya tersebut dengan setiap seorang mendapat sebanyak RM 75.00 dan satu Beg yang berisi barang-barang makanan.

 
Bertahlil dan Doa
Jamuan Makan

Majlis berbuka puasa dihadiri oleh seramai 50 orang terdiri daripada Waris-waris, Jawatankuasa Kawasan, Kakitangan Koperasi dan Orang-orang Taman tersebut.

Sebahagian dari Jemputan
Anak-Anak Yatim

No comments:

Post a Comment