Sunday, July 20, 2014

Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah

Program 3 + 1 Nuzul Al-Quran, Berbuka Puasa dan Sumbangan Barangan Dapur telah dengan jayanya diadakan pada 20/07/2014 jam 7.30 mlm hingga 1.00 pagi bertempat di Dewan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Tongkang Yard, 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.



Bagi menjayakan Program ini jam 10.00 pagi seramai 30 orang kaum-kaum lbu telah turun beramai-ramai di Tadika KEMAS Tongkang Yard 2 untuk bergotong royong membasuh, mencucui memotong dan memasak. Menu masakan sudah di putuskan didalam mesyuarat khas yang diadakan baru-baru ini Nasi Putih, Sayur Keladi, Ayam Goreng Berempah, Daging Goreng Masak Kicap, Ikan Goreng, Ulam, Sambal Belacan, Pulut Durian dan Kueh.

Shoping sehari sebelum jamuan
di bawa melalui kereta
Bungkusan Barangan Dapur

Alhamdulilah bila sampai waktunya ramai Penghuni-penghuni Rumah Pangsa turun ke Dewan dengan membawa keluarga masing-masing, yang paling gembira ramainya anak-anak kecil yang hadir menjadikan program ini meriah.

Sebahagian dari Kaum Ibu
Bergotong royong masak kuah durian
Membersih Pinggan
Video Gotong Royong Memasak

Sebanyak 100 bungkus berbentuk hamper dengan kandunganya Beras 5 kilo, Milo, Laksa, Roti Biskut, Kopi, Gula dan Sardin untuk di berikan kepada seramai 100 orang wargatua Penghuni-penghuni Rumah Pangsa tersebut. Y,Bhg Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah turut hadir dan menyampaikanya.

Persiapan Dewan
Hidangan VIP
Menu jamuan
Orang ramai yang hadir
Jamuan berselerak
Orang ramai sudah bersedia
Ketua Caw, bersama Tetamu 
Video Berbuka Puasa

Majlis Nuzul Quran di adakan sebaik sahaja selesai solat Terawih 8 rakaat di Surau Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, YBhg. Tuan Shaiks Ahmad bin Saleh bekas Mufti Daerah Kota Setar telah menyampaikan ceramahnya. Dengan kepakaran dan ilmu yang ada padanya dalam memberi ceramah membuatkan orang ramai yang hadir ketawa termasok YBhg Dato' Haji Abdullah Hasnan sendiri.

Pengerusi Majlis
Bermula dgn bacaan Al-Quran
Orang ramai yg hadir
Sebahagian dari orang ramai yg hadir
Tuan Shaikh Ahmad bin Saleh memberi ceramah
YBhg. Ketua Bahagian Kuala Kedah Berucap
Penyampaian Sumbangan kpd Warga tua
En. Pissal sumbang kpd Ketua Caw
En. Pissal sumbang kpd Ketua Wanita

Majlis berakhir pada jam 1.00 pagi dengan diiringi jamuan ringan. 

No comments:

Post a Comment